*Bab 54*

3K 90 10
                                    

SEPERTI biasa, restoran D'Laman Ayam Penyet menjadi tempat makan pilihan Konstabel Shadriq. Mereka menuju ke restoran tersebut. Baginya tidak jemu ke sana kerana makanannya sangat sedap, halal dan persekitaran yang bersih.

"Encik.. order ?" Pelayan datang untuk mengambil pesanan.

"Orange juice dan nasi goreng daging.." pesan Konstabel Johan.

"Saya nak laici susu dan nasi ayam.."

Setelah pesanan di ambil, pelayan berlalu dari situ.

"Aik ? tukar selera nampak ?" usik Konstabel Johan.

"Saja nak cuba menu lain pulak.."

"Iyelah tu. So, ceritalah. Dah masa lunch kan ?"

"Cerita apa ?"

"Laa, ni memang tak ingat ke buat-buat lupa ?"

"Haha, okey okey.. kuat betul daya ingatan kau eh.."

"Aih, mestilah.. Dah cepat cerita.."

"Okey.. okey.. aku nak ceritalah ni.."

******
"Taraaaa !! ni lah restoran kegemaran aku.." ujar Lidya dengan teruja.

"D'Laman Ayam Penyet ?" soal Syaf perlahan.

"Yup ! makanan kat sini semuanya sedap belaka tau.."

"Ye ke ?"

"Ha'ah. kan Fatin ?"

"Aku iya aje lah. Kang kalau tak, keluar pulak naga dalam badan kau.." usik Fatin.

Lidya mencemikkan mukanya.

"Haa, ingat cute lah buat macam tu.." ejek Fatin lagi.

"Eh, korang berdua ni. Tak sah kalau tak bertekak kan, dah lah aku yang jadi mangsa kat tengah ni.." Syaf yang mula serasi dengan keadaan itu pantas meleraikan perang mulut antara Lidya dan Fatin.

Fatin dan Lidya hanya menayangkan sengih.

"Itu namanya teman gaduh-gaduh manja Syaf.. hehe.. Dah lah, jom masuk. Panas kat luar ni.." ajak Lidya lalu menarik tangan Syaf dan diikuti Fatin.

******
Haikal dan Fifi berjalan ke sebuah restoran Western Food. Makanan barat yang menjadi kegemaran Haikal. Pesanan dibuat.

"Sayang, I nak pergi ladies kejap. You tunggu sini eh.." ujar Fifi.

"Okey.." balas Haikal ringkas.

Sedang asyik memerhati gelagat manusia dalam restoran itu, matanya tertancap pada sesosok tubuh yang amat dia kenali. Tanpa membuang masa, Haikal terus mendapat seseorang itu yang tengah rancak berbual.

"Erhm ! hai Qina !" sapa Haikal lembut.

Gadis bernama Qina itu terkejut apabila melihat Haikal di depan mata.

"Eh, Haikal.. yo.. you buat apa kat sini ?" tergagap Qina bertanyakan soalan itu.

"Err, excuse me.. I have to go now.." celah satu suara lelaki.

"Okey.." balas Qina ringkas.

"Err, you.. have a sit.." pelawa Qina pada Haikal pula.

Haikal menurut.

"So, who's that guys ?" tanya Haikal dengan kening sebelah diangkat.

Qina menelan liur.

"Err.. he's my cousin."

"Oh, your cousin. Okey, so.. since when you balik Malaysia ?" soal Haikal lagi.

"Err, dua minggu lepas.."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now