*Bab 74*

3.6K 101 1
                                    

"HMM.. sedapnya bau, sayang masak apa ni ?"

Usai solat maghrib tadi, Lidya sudah mulai beroperasi di dapur.

"Ayam masak merah dan sayur kailam goreng aje. Tak apa kan ?"

"Eh, cukup dah ni. Lama lagi ke?" Konstabel Shadriq menjengukkan kepalanya ke dalam kuali yang berisi ayam masak merah itu.

"Erm, dah nak siap ni.. abang dah lapar ke ? tak nak tunggu lepas Isyak ?"

"Hehehe.. tak ada lah lapar sangat. Hmm, tapi lepas hidu bau masakan sayang ni abang terus aje lapar.." ujar Konstabel Shadriq dengan sengihan. Dia menopangkan dagu di bahu isterinya.

"Hmm.. mengada lah abang ni ? betul ke nak makan ?" soal Lidya sekali lagi.

"Hehehe.. tak apa lah, abang gurau aje. Nanti alang-alang lepas Isyak kita makan.."

"Ish, abang ni kan.. hm, alang-alang abang dah ada kat sini, apa kata abang tolong Sha.." sebelah kening diangkatnya.

"Haha.. tolong apa ?"

"Tolong jangan berhenti untuk cintakan Sha ! Cia ! cia ! cia ! hahaha"

Konstabel Shadriq mengongoi geram. Pantas dia menggeletek pinggan isterinya itu. Berderai tawa Lidya dibuatnya.

"Hahahahaha ! enough abang ! geli lah.. hahaha" rayu gadis itu sambil meronta melepaskan diri dari suaminya.

"Haa.. itu lah, kenakan abang lagi. Siap bagi pickup lines lagi tu. Ni mesti join group dak-dak wechat ni kan ? " tukas Konstabel Shadriq lalu melepaskan Lidya dari terus menggeleteknya.

"Hahaa.. itu lah, siapa suruh kacau Sha buat kerja. Eleh, Sha tak main lah wechat ni, bosan ! paling-paling tu jugak yang kena hadap. Status, gambar selfie, video pendek. Video, Gambar selfie, status. Haih.." kritik Lidya kemudian kembali menyambung kerjanya tadi.

Giliran Konstabel Shadriq pula menceber.

"Hmm.. iyalah tu sayang. So, betul ni tak nak abang tolong apa-apa ?" soalnya sekali lagi.

Lidya menoleh suaminya.

"Erm, okey kalau abang nak tolong sangat. Abang tolong ceduk nasi dalam periuk tu, letak dalam bekas yang Sha dah sediakan atas meja tu."

"Tu aje ? alaa.. kacang panjang.. ahaa" Usik Konstabel Shadriq lalu bergerak ke arah bekas nasi dan kemudian ke arah periuk elektrik yang terletak elok di atas meja kecil di hujung sana.

******
Di London...

Lagu 'I want just something like this' nyanyian The chainsmoker bergema di corong radio. Mulut Haikal terkumat-kamit menyanyi setiap bait lirik lagu tersebut namun dalam nada yang perlahan.

Tiba-tiba, kereta yang dipandunya berhenti betul-betul di depan pagar sebuah rumah yang berkonsepkan istana itu. Sejurus itu, muncul kelibat Kiara disebalik pintu automatik tersebut.

"Hai Sayang ! lama tunggu I ?" sapa Kiara lalu memboloskan diri ke perut kereta sebaik saja Haikal membuka pintu kereta tersebut.

"Hm, no. I baru aje sampai. Wow ! you looks different tonight. Why eh ?" tukas Haikal sambil menggaru hujung dagunya.

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu apabila melihat paha Kiara yang putih itu terserlah.

"Err ? different ? I think no.." sangkal Kiara. Dia menilik pakaiannya dari atas ke bawah. Ya ! dia akui pakaiannya agak seksi malam ini berbanding pada malam biasa.

"No ! it's different. You looks more beautiful and sexy with that dress baby.."

Kiara tersipu malu bila dipuji sebegitu. Kembang kembis hidungnya saat ini. Oh !

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now