*Bab 23*

4.7K 143 2
                                    

PAGI-PAGI lagi, Lidya sudah bersiap-siap. Hari ini dia mengenakan blouse lengan panjang warna dark blue dikenakan dengan shawl biru laut dan pallazo. Awal-awal lagi Lidya sudah menunggu alongnya di ruang tamu.

"Aihh ? dah siap dah ? awalnya.." tegur Lukman yang baru saja keluar dari bilik.

Hanya sengihan yang dipamerkan Lidya.

"Mestilah Long.."

"Breakfast dah buat ke ?" soal Lukman lagi.

"Err.. haha, kita breakfast kat luar je lah Long. Sha dah tak sabar nak ada kereta sendiri ni.." lagi-lagi sengih ditayangkan Lidya buat Alongnya.

Bertaut kening Lukman mendengar kata-kata adiknya itu.

"Ya Allah ! sampai macam tu sekali excited Sha. Haihh.. hmm, jom lah.. " ajak Lukman lalu mengambil kunci kereta.

Lidya mengukir senyuman dibibirnya dan kakinya pantas mengekori langkah Lukman menuju ke kereta.

******
Sudah tiga hari Haikal tidak berkunjung ke Kedai Kek Hidayah itu kerana dia outstation. Hari ini dia bercadang untuk ke kedai itu. Rindu dihati sudah tidak tertanggung lagi.

Pintu kaca kedai itu dikuak perlahan. Matanya meliar melihat sekeliling kedai itu. Tiada kelibat Lidya ditemui. Dia terus mengorak langkah ke kaunter.

"Hey you.. Lidya dah masuk kerja ke ?" soal Haikal pada Jia.

"Hmm.. belum.." jawab Jia dingin.

"Ohh.. alah, kenapa macam tak suka aje I ada kat sini ?"

'Memang aku tak suka pun. Kau tu semua perempuan kau nak goda. Gatal ! ' gumam Jia dalam hati.

"Tak lah, Encik Haikal customer kami buat apanya saya tak suka.."

"Ye ke ? you nama apa eh ? I boleh tahu ?" tanya Haikal dengan nada suara menggoda.

'Ishh ! kalau Umi dengar ni, aku confirm mesti dia hambur mamat ni kaw-kaw' sekali lagi Jia menggumam dalam hati.

"Jia.." jawab Jia ringkas.

"Beautiful name like orangnya. hehe.."

"Thanks, Encik nak apa lagi ni ? " soal Jia acuh tak acuh.

"Nothing. Okey, I got to go but if Lidya masuk kerja balik, you bagitau I tau. Nah ! ni name card I. Bagi kat Lidya sekali tau. bye honey !" kata Haikal sambil mengenyitkan matanya dan berlalu dari situ.

"Hish ! apa punya sengal mamat ni. Hari tu Umi, ni aku pulak yang kena. Harus bagitahu Lidya nanti. Gatal !" bebel Jia lalu mengambil name card Haikal dan diletakkan di dalam bakul kecil disitu.

******
Di dalam kereta, Lidya tak lekang dengan senyuman sambil tangannya ligat bermain di atas skrin handphonenya.

"Hahahahaha.." dengan tiba-tiba tawa Lidya meletus.

"Aihh ! terkejut Along. Ku semangat.. "

"Opss.. hahaha, sorry Long. Terover pulak Sha.."

"Along ingat langsuir mana yang sesat pagi-pagi ni. Sha rupanya..haha" usik Lukman.

"Ishh, sampai hati.. "

"Ye lah, mana taknya, tetiba aje Sha gelak mengalahkan Kak Ponti dan Kak Lang tu.."

"Hahaha.. along ni, memandai dia aje bagi nickname buat adik-beradik 'Han' tu.."

"Biarlah.. ni Sha gelak apa tu tadi ? ke message dengan boyfriend.." usik Lukman.

"Ishh, boyfriend dari Korea ? merepek lah orang tua ni. Sha mana ada benda tu semua. Tak main lah Long. Kalau Sha nak, Sha kahwin terus, tak nak ada boyfriend bagai. Just waste my time lah Long.. Ni Syaf yang message tadi." leter Lidya panjang lebar.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt