Lima belas

1.6K 224 253
                                    

"Munah." Jisung berbisik kepada Hyunjin yang duduk bersebelahan dengannya di meja makan.

"Kenapa dengan mak abah? Macam gaduh je tu." bisiknya kerana Yongbok duduk di sebelah Seungmin manakala Jeongin duduk di sebelah Minho. Jelas sekali ada yang tidak kena di antara mereka.

Yongbok tak pernah mahu makan jika tidak ada Jeongin di sampingnya.

"Munah pun tak tahu, bang. Mak tu dari semalam tak nak cakap dengan abah." bisik Hyunjin sambil melihat Yongbok memainkan makan malamnya. Bahkan, dia sama sekali tidak cuba untuk menyuap Jeongin seperti selalu.

Klek

"Assalamualaikum, anak mummy paling hensem dah balik!" jerit Changbin yang baru balik dari rumah jiran sebelah namun dia terus terdiam apabila merasakan aura negatif di situ.

"Mummy, ayah! Ayyan dah pandai naik basikal! Abang Naufal yang ajar Ayyan petang tadi!" jerit Chan pula ketika dia baru masuk ke dalam rumah.

Dan reaksinya dengan pantas berubah seperti reaksi abangnya.

"Er.. kenapa lambat Rizki dengan Ayyan balik harini? Orang dah nak makan malam baru balik." balas Hyunjin.

"S-Sorry, mummy. T-Tadi kitorang main game sampai lupa dah pukul berapa. Pak cik Murad dengan Mak cik Milah pun takde kat rumah, tu yang buat lupa nak balik." jawab Changbin tergagap-gagap. Ngeri bila melihat datuk dan neneknya memandangnya dengan wajah datar.

"M-Mummy, atuk dengan nenek kenapa?" bisik Chan.

"Ehem, kenapa mak abah macam tak ada mood hari ni?" Jisung akhirnya menanyakan soalan daripada terus melihat mereka berdua seperti itu.

"Abah." panggil Jisung.

"Takde apa-apa."

"Halim, kau tahu mak abah kenapa?" tanya Jisung.

"Tak tahu, aku balik kerja memang mak abah dah macam ni." jawab Seungmin, tak terlalu pedulikan aura negatif yang ada di meja makan itu. Lebih baik dia makan.

Jeongin tiba-tiba berdiri dan pergi, meninggalkan meja makan tanpa menghabiskan makanan yang ada dalam pinggan. Changbin menunduk untuk berbisik kepada adiknya.

"Kenapa dengan nenek tu?"

"Tak tahu, tapi serius Ayyan seram."

"Dah dah, meh makan. Jangan berbisik-bisik macam tu." Hyunjin bersuara untuk menghentikan bisikan tersebut.

Selepas makan malam, Minho duduk di atas katil. Dia memeluk bantal sambil termenung.

Ting!

"Anak siapa pula mesej aku kat insta ni?" dia membuka telefon dan membaca kiriman mesej yang diterima.

jujuyeoncats

Hello

Ni siapa?

Goblok kamu asli sekali
Seen

Kau nak apa mesej aku kat insta?
Seen

Betul lah ni akak Mirah eh?


Tsk
Seen

Ye, ni aku
Seen

Oh..

"Oh je?!" mata Minho terjegil, dahlah Juyeon mesej dirinya terlebih dahulu dan Juyeon cuma membalas dengan perkataan yang pendek!

Han FamilyWhere stories live. Discover now