Dua puluh lapan

1.5K 220 593
                                    

"Aku peliklah, Riz. Dulu badan kau penuh plaster. Sekarang penuh dengan bekas kena libas pula, rumah kau ni selamat ke tak sebenarnya?" tanya Haknyeon semasa mereka berjalan menuju ke kantin.

Keluhan berat dilepaskan oleh Changbin.

"Selamat tu selamat tapi saka dari mana tah pergi rasuk atuk aku semalam, kalau kau nak tahu dia buat ritual halau setan kat dalam badan aku dengan mak su aku. Dahlah ritual tu macam ajaran Abuja." jawabnya. Haknyeon mengangguk-angguk.

"Oh, by the way mana Ikmal? Tetiba ghaib je mamat tu." tanya Changbin.

"Entah, kena sorok bunian kot."

"Aww!" tiba-tiba suara itu bergema di kantin, dua sekawan itu menoleh ke punca bunyi tersebut. Pelajar-pelajar perempuan mengelilingi sebuah meja yang ada empat orang lelaki di situ.

"Mirza, tu macam abang kau je tu."

"Ye doh, amende diorang buat tu?" Changbin dan Haknyeon menyepetkan mata untuk melihat dengan lebih jelas.

"Sayang, abang janji cuma sayang je yang abang cinta."

"Y-Ye ke?"

"Iye, sayang. Sayang belahlah dada abang, akan sayang nampak nama sayang terukir di jantung abang."

"Awww!!"

Changbin dan Haknyeon speechless, tak perlu dipersoalkan lagi siapa manusia-manusia itu.

"Wei, Mirza. Abang kau dua ketul tu apahal boleh terjebak dalam grup tak senonoh tu? Abang Harith tu, dia bukan pengawas bertauliah ke?" tanya Changbin.

"Entah wei, ni mesti kerja si Abuja Harraz dengan Abuja Wooyoung ni sampai abang Harith boleh terhasut."

Hyungseo mula melancarkan aksi buayanya selepas Juyeon selesai beraksi tadi. Dia memberikan setangkai mawar kepada seorang gadis berkaca mata.

"Rose is red, violet's blue. Sugar is sweet, and so are you." katanya lalu dia mengenyitkan mata kiri.

"Aww, abang Afiq cho chuwit!!" Mingi dan Wooyoung bersorak, mereka bangga dengan kedua buaya junior mereka ini. Dalam beberapa hari sahaja mereka sudah pandai menggunakan ayat yang terkandung dalam buku "Sejuta kata-kata buaya".

Jihyo berjalan masuk ke kantin, dahinya berkerut melihat sebuah meja dikelilingi para pelajar perempuan.

"Biar aku pula yang beraksi!" kata Mingi, dia berdehem sebelum memasang senyuman menggoda kepada seorang pelajar perempuan.

"Awak, saya nak berterima kasih kat awak."

"Kenapa?"

"Sebab hari-hari saya takkan seindah sekarang kalau awak tak hadir dalam hidup saya. Tapi sayang."

"Sayang kenapa?"

"Alhamdulillah, akhirnya awak panggil saya sayang. Ahaks, abang malulah."

"AWWWWW!!!"

Changbin dan Haknyeon menelan air liur apabila mereka merasakan aura membunuh keluar daripada tubuh cikgu mereka. Jihyo menghampiri kumpulan buaya itu.

"Kantin ni tempat orang makan, bukan mengayat anak dara orang. Kamu semua nak saya rotan sorang-sorang ke baru nak insaf?" semua pelajar perempuan berlari bertempiaran apabila melihat guru killer sekolah ada di situ.

Wooyoung berdiri.

"Cikgu Khadijah!" panggilnya dengan berani.

"Dinda jangan marah-marah, takut nanti lekas tua. Tapi takpe, walaupun dinda tua dinda tetap nombor satu dalam hati kanda." Wooyoung mengenyitkan mata sebelum berlari dari situ dan diikuti oleh Juyeon, Hyungseo dan Mingi.

Han FamilyWhere stories live. Discover now