Empat puluh dua

1.6K 193 987
                                    

"Riz, malam ni jom lepak mamak. Khairul kata ada bola live." ajak Wooyoung.

"Tak payah kau nak menipu, Mal. Aku tahu niat busuk kau cuma nak mengurat awek dengan mamak je kat situ." balas Changbin sambil mengemas buku-buku di atas meja.

"Tapi kan, Riz. Dah lama kita tak lepak mamak, perut aku tetiba rindu nak rasa masakan abe mamak." ujar Haknyeon. Sebuah hidangan nasi goreng kampung berserta ayam goreng berempah membuat air liur Haknyeon mengalir berlimpah-limpah keluar.

Changbin membaling sekotak tisu ke muka Haknyeon.

"Lap air liur kau tu woi!"

"Jomlah, Riz. Kalau kau setuju aku belanja kita bertiga makan." pujuk Wooyoung membuat semangat Haknyeon semakin menggebu-gebu.

"WEI RIZ, JOM AR LEMEK KAU NI KITA BUKAN SELALU KENA BELANJA DENGAN BUAYA UTARA BARAT TIMUR SELATAN NI! JOM AR RIZ! JOM AR!!" jerit Haknyeon sambil menggoncang lengan Changbin. Untung waktu persekolahan mereka pada hari itu sudah tamat, jadi mereka tidak perlu melihat cikgu membaling pemadam papan putih ke kepala Haknyeon seperti selalu.

"Malaslah." Changbin masih tetap dengan jawapannya, Haknyeon mencebik.

"Jangan buat muka kesian kau kat aku, aku dah power untuk halang muka seposen kau dari buat keputusan aku berubah."

"Mal, tengok Riz tu." Haknyeon mengadu kepada Wooyoung, lelaki berpangkat sebagai buaya profesional itu menghela nafas.

"Riz, apa salahnya kalau kau luangkan masa dengan kitorang? Kitorang ni sahabat kau tahu, kitorang ada masa susah senang kau. Kau lupa ke masa kau tak dapat nak ambil kasut kau sebab kau pergi tendang bola sampai kasut pun terbang pergi kat atas bumbung surau, aku dengan Mirza yang bertungkus lumus carikan tangga untuk kau. Sebegitu mudahnya kau melupakan jasa baik kitorang, Riz? Riz... kau sedar tak Riz yang jawapan kau tu dah buat hati kitorang terluka?" sekarang Wooyoung menggunakan strategi member koyak.

Changbin yang sebenarnya adalah insan berhati tisu mula rasa bersalah.

Ya, dia ingat Wooyoung dan Haknyeon lah sahabat yang sanggup pergi ke stor lama yang dikatakan berhantu semata-mata ingin membantunya mengambil tangga. Changbin masih ingat lagi betapa basahnya seluar mereka berdua kerana ketakutan melampau selepas mengambil tangga itu.

"Yelah yelah, aku join malam ni. Ish korang buat aku serba salahlah." Changbin akhirnya mengalah, Wooyoung dan Haknyeon bersorak kegembiraan.

Strategi genius Wooyoung berhasil!

Di tempat lain, Hyunjin sedang merehatkan diri di sebuah spa bersama dua orang sahabatnya. Siapa lagi kalau bukan Jamilah Joonyoung dan Cempaka Seonghwa.

"Hah... akhirnya aku dapat legakan fikiran aku." luah Seonghwa.

"Kenapa, Paka? Paka ada masalah ke?" tanya Joonyoung.

"Anak aku tu tak habis-habis buat masalah, semalam je anak aku si Syakir dengan Ikmal pergi letak nutella kat muka Fakhrul masa dia tengah tidur. Lepas tu diorang kejut adik diorang, cakap yang kat muka dia tu taik Harraz. Menggelibas teruk anak bongsu aku pergi basuh muka." cerita Seonghwa.

"Ya Allah, sian si Fakhrul tu." ujar Joonyoung. Seonghwa mengangguk.

"Minggu lepas aku ada tertengok Farish buka satu laman web. Korang nak tahu dia buat apa?"

Hyunjin dan Joonyoung serentak mengangguk.

"Dia boleh promote semua kembar kat dark web, dahlah letak harga free. Cubalah letak 100 bitcoin ke kan boleh kaya aku nanti."

"Wah, ni bebetul mak durjana ni." ujar Hyunjin.

"Cih, daripada buat susah hidup aku lebih baik jual je. Ringan sikit beban aku. Anak aku si Ikmal tu dahlah buaya, buaya biseksual pula tu. Menyesal pula tak flush je lepas beranakkan dia dulu." balas Seonghwa, dia memandang Joonyoung.

Han FamilyWhere stories live. Discover now