Lima puluh

1.2K 196 709
                                    

"Wei Fak, nak jalan-jalan tak?" Jongho menatap abang sulungnya.

"Bang Khai jangan panggil kita macam tu! Kita ngadu kat umi nanti!" ugut Jongho. Yunho berdecih, dia membetulkan posisi duduk dan membalas tatapan Jongho.

"Oh kau panggil aku bangkai boleh pula? Lagipun kau tahu ke maksud Fak tu apa?" tanya Yunho.

"Menurut kamus terjemahan bahasa inggeris ke bahasa korea, fak bermaksudー"

Mulut Mingi ditekup oleh Yunho, suka hati sahaja dia mahu memberi maksud tak baik kepada adik bongsu mereka. Yunho belum siap untuk menerima pukulan super saiyan daripada ibunya.

Tok

Tok

"Assalamualaikum! Ada orang tak?" seseorang mengetuk pintu rumah mereka dan memberi salam.

"Waalaikumussalam. Tak ada, orangnya tidur." jawab Wooyoung.

"Habis tu yang jawab ni siapa?"

"Ni roh dia je." jawab San pula.

"Bodoh." Yeosang menepuk kepala San dan Wooyoung sebelum membuka pintu yang menampilkan Changbin dan Hyungseo di hadapan rumah mereka.

"Maaf, rumah ni bukan untuk jadikan tempat tinggal sementara binatang akuatik kurang kasih sayang." kata Yeosang.

"Tsk, aku datang sini pun sebab Riz paksa." balas Hyungseo sambil memeluk tubuh, sakit hatinya setiap kali melihat muka Yeosang. Seakan-akan dia melihat wajah Hyunjun di situ.

"Yo, Riz. Datang nak minta sedekah ke?" tanya Wooyoung dan sekali lagi kepalanya ditepuk oleh Yeosang.

"Taklah, aku nak ajak main futsal."

"Lah, asal tak main basketball je?" sampuk Mingi. Changbin cemberut, ingin memaki tetapi dia tahu Mingi tidak sedar yang pertanyaannya itu telah melukakan harga diri Changbin.

"Mirza mana? Selalu kau ajak dia kan?" tanya San pula.

"Siapa Mirza? Aku tak kenal dah dia tu." jawab Changbin, jangan fikir Changbin bermain-main dengan ucapannya dahulu. Alangkan di sekolah tadi pun Changbin meminta Doyeon menukar tempat dengannya. Biar Haknyeon diganggu dengan reptilia air masin jadian itu.

"Ish kau ni, dia tahu yang dulu tolong kau ambil tangga kat stor dulu. Suka-suka hati je lupa member." ujar Wooyoung.

"Diam setan, diam. Kau jangan cuba nak buat aku koyak."

Di rumah keluarga Han, Minho diam-diam memperhatikan tindak-tanduk Hyunjin. Daripada wanita itu menyapu sampah sehingga siap mencuci pinggan mangkuk.

"Kalau kau fikir aku tak tahu kau ngendap aku kau salah besar, Mirah oi." sindir Hyunjin sambil memotong buah. Minho duduk di hadapannya.

"Siapa tengok kau? Aku tengok buah yang kau dera ni je." balas Minho, tidak mahu mengaku.

"Kak, kalau ye pun marah dengan laki tu janganlah lepas geram kat buah ni. Sian aku tengok pelam ni tahu." Minho menunjuk sebiji mempelam yang sudah tercabik-cabik isinya kerana Hyunjin.

Hyunjin menoleh ke Minho sambil tersenyum.

"Cakap dulu kat diri sendiri eh. Siapa dulu yang seksa brokoli sebab geram kat laki sendiri?" sindir Hyunjin lagi.

"Ah lantaklah, ni aku nak tanya something."

"Apa dia?" Hyunjin menyambung aktiviti menyeksa mempelam itu.

"Kau nak merajuk dengan abang Li tu sampai bila?"

"Pehal nak tahu?"

"Takdelah, aku cuma nak bagi cadangan je. Better kau merajuk dengan dia tu seminggu."

Han FamilyWhere stories live. Discover now