Sembilan belas

1.6K 217 402
                                    

"Kenapa kau nak jumpa aku?" tanya Minho, sesuai dengan permintaan Juyeon beberapa minit lalu mereka bertemu di kedai runcit Kamal Kai pada malam hari.

Juyeon memalingkan muka ke tepi.

"Saya rasa hubungan kita berhenti sampai sini je, kak." kata-kata itu berhasil membuat mata Minho terbeliak, dia menatap kearah Juyeon dengan raut wajah tidak percaya. Begitu juga Kamal Kai yang diam-diam menguping perbualan mereka.

"Tapi.. kenapa?"

"Saya tak tahu macam mana nak bagitahu sebabnya."

"Bagitahu akak, Harith."

Juyeon menghela nafas sebelum dia membalas tatapan Minho.

"Ibu tak suka saya ada hubungan dengan akak."

"Hah? Kau bagitahu ibu kau pasal kita?"

"Saya tak sengaja, tapi saya tak sangka ibu tak suka apa yang saya buat sedangkan ibu yang paling faham saya selama ni." lelaki itu menunduk, jelas ketara bahawa dia sedang berada dalam keadaan sedih. Minho menghembuskan nafas menepuk bahu Juyeon perlahan.

"It's okay, akak faham."

"Akak tak marah Harith?"

"Marah?"

"Kan akak kata akak suー"

"Okay stop, aku muak tengok drama korang." tiba-tiba Changbin menyampuk perbualan mereka, dia memandang Minho dan Juyeon sambil memeluk tubuh.

Kamal Kai yang menyorok di balik rak bawang mengetap gigi .

'Anjir, potong betul si pendek tu. Aku baru nak layan drama woi!!' getus hati Kamal Kai.

"Riz? Sejak bila kau diri kat situ?" tanya Minho.

"Dah lama dah, ni Riz nak bagitahu sesuatu kat mak su."

"Apa?"

"Pak su sakit."

"Hah?!"

Di rumah keluarga Han, Seungmin sedang duduk di atas kerusi sambil bahunya dipicit oleh Jisung.

"Li, aku ni bukan nak bertinju. Sakit sengal kau picit kuat-kuat."

"Memanglah kau bukan nak bertinju, tapi kau nak bertarung! Demi memenangi hati Umairah!" balas Jisung berapi-api.

"Kenapa kau sokong aku, bukan kau suka Mirah ke?" tanya Seungmin dengan santai.

Jisung terdiam, tak menjangkakan soalan itu akan terkeluar daripada mulut adiknya.

"OHOK! GATAL TEKAK MUNAH TETIBA!" Hyunjin sengaja menguatkan suara sambil melipat kain di ruang tamu, bulu roma Jisung meremang. Cukuplah hari tu sahaja dia diharamkan menjejakkan kaki di rumah setelah kejadian Buaya Kingz kantoi melakukan kegiatan haram mereka.

Bukan dia sahaja, Sangyeon dan Hongjoong turut dihalau dari rumah mereka selepas diberikan pukulan "kasih sayang" dan akhirnya mereka bertiga terpaksa tidur berpelukan di pondok yang tersedia di taman. Salahkan Hongjoong kerana menceritakan cerita hantu sebelum mereka hendak memejamkan mata.

"Er mana ada, aku saja je nak tengok reaksi kau masa aku usya si Mirah. Walaupun aku leader kepada Buaya Kingz tapi Maimunah tetap bertakhta di hatiku. Dialah satu-satunya wanita sentiasa yang ku cintai selepas mak aku." ujar Jisung lalu dia mengenyitkan mata kearah Hyunjin.

Hyunjin berpura-pura muntah, geli lubang telinganya mendengar kata-kata penuh kedustaan itu.

"Tengok tu, akak Munah pun jijik dengan kau. Kata-kata kau semuanya menjijikkan."

Han FamilyWhere stories live. Discover now