Special Chap!

1.2K 150 430
                                    

Dua puluh satu orang manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang berada di luar sebuah bangunan. Changbin, salah seorang lelaki di situ mengerutkan dahi.

"Mummy, kenapa kita kena datang sini?" tanyanya.

"Kita kena jemput dengan seseorang. Katanya ada benda penting." jawab Hyunjin. Dia membetulkan kedudukan topi berbunga-bunga yang dipakai. Hari ni dia perlu nampak cantik dan mempersona.

"Tunggu apa lagi? Jomlah masuk." ajak Minho.

"Sabarlah, gila. Aku baru nak keluar dari kereta." balas Seonghwa. Selepas semua selesai, mereka mula melangkah masuk. Seorang wanita berkaca mata sudah menunggu di dalam pejabatnya. Untung bilik itu luas, jadi tak perlulah mereka bersesak-sesak.

"Emm, ni ke manusia yang jemput kami?" tanya Sangyeon. Wanita itu mengangguk.

"Yes, korang boleh duduk kat kerusi tu tapi jangan buat macam rumah sendiri. Perangai korang bukan beradab sangat." katanya sambil mengerling Chan yang sedang cuba menangkap ikan dalam akuarium menggunakan tangan.

"Ayyan!" Hyunjin segera menarik Chan duduk di sebelah.

"Anak pungut tu memang jarang nampak ikan." ujar Minho.

"Takpe takpe. Untuk pengenalan, korang boleh panggil aku El."

"Nama penuh?" tanya Jisung.

"Perlu bagitahu ke?"

"Perlulah, nanti senang nak practice sebelum akadー"

"Abang..." terjegil mata Hyunjin memandang suaminya sambil tersenyum. Jisung pucat, terlupa bini sekali ada dalam bilik ni.

"Tak sayang, tak. A-Abang gurau."

"Nama aku El Momo." Momo memperkenalkan diri. Kaca mata yang sedikit melorot jatuh ditolak ke atas semula dengan jari telunjuk.

"Buruk doh nama." komen Minho.

"Mirah, bodoh tu biar tinggal kat rumah jangan bawa ke sini." kata Seungmin. Minho memutarkan mata. Momo menghela nafas. Tidak mengapa, dia hanya perlu bertemu mereka sehari sahaja.

"Apa perkara penting yang kau cakap tu?" tanya Joonyoung.

"Beberapa minggu lepas, saya terima banyak surat daripada peminat korangー"

"PEMINAT?! AJINJJAH? WEI AKU TAK TAHU PUN AKU FAMOUS OH GOSH OH GOSH! AINA, ABANG ADA FANS AAAAAA!" potong Kamal Kai. Momo cuba bersabar. Dalam hati dah teringin sangat nak balik stapler ke lelaki becok itu.

"Abang, janganlah." bisik Somi. Kamal Kai tersengih.

"Tapi kenapa tak semua kena panggil?" tanya Juyeon.

"Sebab diorang tak dapat soalan. Tak famous kot." Momo mengangkat bahu, tak terlalu peduli tentang perkara itu. Dia mengeluarkan beberapa puluh pucuk surat yang disimpan dalam laci meja.

"Okey, apa kata kita mulakan sesi soal jawab ni sekarang? Boleh?"

"Boleh!" jawab mereka serentak.

Mata Momo terarah pada Changbin.

"Rizki Afnan Changbin."

"Hm?"

"Soalan pertama berbunyi... Dear Changbin tercinta, BILA KAU NAK KAPEL BODO? NAK HANCURKAN HATI AKU PUN HANCURKAN LAH CEPAT CEPAT!" wanita itu terlalu menjiwai soalan, habis dibentak Changbin secara tak sedar.

"Rileks lah, tak payahlah nak feeling sangat. " sindir Seonghwa.

"Hehe, sorry. So Changbin?"

Changbin mengusap-usap dagu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now