Tiga puluh sembilan

1.6K 212 990
                                    

Nota mesra: Kalau korang rasa ada ayat macam terbelit-belit tu mohon abaikan eh sebab aku malas lah nak betul kan 😭

Klek

"Lambat balik." tegur seseorang ketika Seungmin baru sahaja membuka pintu rumah.

"Takde lah lambat sangat, baru pukul 5." jawab Seungmin. Minho mengangguk-angguk.

"Keluar dengan siapa?"

"Kawan, pastu aku ada jumpa dengan anak kak Milah. Aku rasa diorang kena rasuk sebab tadi tak habis-habis menjerit kat restoran mamak." jawapan itu membuat Minho tersenyum sinis, dia menyambung aktiviti membaca novel yang sempat tergendala.

"Dia takut tengok muka kau lah tu, kau kan muka macam biawak." ujar Minho tanpa memandang Seungmin.

"Cih, muka macam biawak ni juga laki kau."

"Aku salah kahwin, patutnya aku kahwin dengan V Bts. Dahlah handsome, kaya, deep voice aww idaman sangat."

"Dengan perangai lahabau kau macam ni lagi elok kalau kahwin dengan ayah Pin aww sesuai sangat."

Hyunjin mengembuskan nafas, penat dia melihat Seungmin dan Minho saling menyakitkan hati antara satu sama lain.

"Oi, daripada korang bertikam lidah pasal benda unfaedah lebih baik korang tolong aku dengan abang Li." kata Hyunjin. Seungmin dan Minho serentak memandang Hyunjin.

"Tolong apa kak?" tanya Seungmin.

"Abang Li lupa mana dia letak kunci kereta dia. Haih, ni mesti dia dah terjangkit penyakit nyanyuk kawan-kawan dia." jawab Hyunjin sambil mengeluh.

"Boleh, tapi aku tolong tengok dari bilik. Bye." Minho berjalan menuju ke biliknya.

"Dasar budak pemalas!" marah Hyunjin.

"Biarlah, kak. Akak pun tahu si Mirah tu macam mana orangnya." ujar Seungmin, cuba menenangkan kakak iparnya.

Keesokan harinya Joonyoung sedang sibuk menyiram pokok-pokok bunga namun hatinya merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan dia.

"Aish, perasaan aku je kot." gumam Joonyoung tetapi masih berwaspada memandangkan cuma dia dan Youngjae dan Sunwoo sahaja yang ada di rumah.

Tap

Bahu Joonyoung ditepuk perlahan.

"Ye, kenaー hmph!!!"

...

Telefon Seungmin berdering ketika ia sedang melakukan kerja di sekolah.

"Nak apa?" tanya Seungmin.

"Halim, aku tahu mungkin kau tak kisah fasal ni tapi... aku kena beritahu kau juga." suara Jisung kedengaran sedikit ragu-ragu.

"Penting ke tak?" tanya Seungmin.

"Err penting kot untuk kau."

"Apa dia?"

"Err Mirah..." Seungmin menaikkan kening kanannya, dia menyempatkan diri untuk meminum air sambil menunggu Jisung meneruskan kata-katanya.

"D-Dia hilang."

Puftt!

"UHUK UHUK!" Seungmin terbatuk kuat sehingga membuat sang abang risau.

"ASTAGHFIRULLAH LIM, KAU DAH NAK MATI KE?! CEPAT WEI AKU AJAR KAU SYAHADAH!"

"Uhuk aku tersedak, bodoh!" marah Seungmin sebelum memutuskan panggilan itu. Dia segera berlari menuju ke motorsikal kesayangan.

"Abang dah bagitahu Halim?" tanya Hyunjin cemas.

Han FamilyWhere stories live. Discover now