Lapan puluh lima

1.2K 191 579
                                    

Warning: Cringe. ⚠️

"RIZKI AFNAN CHANGBIN, BANGUN! DAH PUKUL BERAPA DAH NI?!" di pagi-pagi yang indah lagi sudah terdengar teriakan daripada godzilla cantik bernama Maimunah Hyunjin. Changbin yang masih berselimut itu merungut-rungut.

"Riz, bangun! Kau jangan mengada-ngada tak nak pergi sekolah! Bangun cepat!" Hyunjin masuk ke dalam bilik dan menggoncang-goncang badan anaknya.

"Eugh, mummy. Riz tak sedap badan lah." ujar Changbin, perlahan. Hyunjin meletakkan telapak tangan ke dahi Changbin.

"Ya Allah, macam mana boleh demam ni Riz oi?" tanya Hyunjin.

"Tak tahu lah, mummy." jawab Changbin dengan suara serak. Hyunjin menghela nafas sebelum keluar untuk mengambil ubat dan keperluan lain untuk Changbin.

Chan pula yang memasuki bilik itu dengan lengkap berpakaian seragam tadika.

"Tulah, siapa suruh dedekat dengan abang Ikmal semalam dekat sekolah. Kan dah tahu abang Ikmal demam." dia mengambil peluang keemasan itu untuk memberi Changbin bebelan.

"Kau budak patutnya bagilah aku air ke ubat ke apa ke, ni masuk bilik orang pastu membebel." marah Changbin. Hyunjin masuk ke dalam bilik itu semula.

"Ni jangkit dengan Ikmal ke?" tanya Hyunjin dan Changbin mengangguk.

"Mummy, Riz tak pergi sekolah ke hari ni?"

"Tak, kau nak satu kelas kau pula yang kena demam?"

"Mummy, Ayyan pun nak cuti juga. Ayyan demam!" Chan mengambil tangan Hyunjin dan meletakkannya di dahi.

"Demam apanya? Suhu Ayyan okey je mummy check." kata Hyunjin sambil menepuk dahi Chan perlahan.

"Alah, mummy... Ayyan tak nak pergi tadika." rengek Chan dengan mata yang berkelip-kelip.

"Tak boleh, Ayyan kena pergi tadika. Ayyan tak sakit, yang sakit tu abang." Hyunjin tetap tak mahu memberi anaknya ponteng.

"Tapi mummy..."

"Rayyan Zhariff Chan."

Chan mengembungkan pipi dan keluar dari bilik dengan menghentakkan kaki. Changbin ketawa, padan muka Chan.

"Nanti bagitahu cikgu Khadijah kau tak datang sekolah." suruh Hyunjin.

"Okey, mummy."

"Ayyan, kenapa kembung pipi tu? Dah macam ikan buntal ayah tengok." tegur Jisung semasa melihat Chan menuju ke meja makan.

"Hmph!" Chan masih mengembungkan pipi dan memeluk tubuh. Tak lama selepas itu Hyunjin datang.

"Sayang, kenapa dengan budak tu?" tanya Jisung.

"Dia mengada tak nak sekolah, bang." jawab Hyunjin.

"Lah, Ayyan kenapa tak nak sekolah? Ayah ni dulu pergi sekolah kena jalan kaki tahu, masa pagi-pagi buta pula tu. Kena pakai jalan kebun lagi. Tapi ayah tak pernah ponteng sekolah." kata Jisung. Yongbok terbatuk-batuk.

"Abah penat-lelah hantar kau ulang alik pergi sekolah naik motor sekali ini yang kau cerita kat anak kau, Li?" sampuk Yongbok, membongkarkan penipuan Jisung.

"Abah, jangan lah kantoi kan."

"Cih, Yan kalau kau nak tahu bapak kau ni dia punya liat nak pergi sekolah sampai aku kena simbah air sejuk baru reti nak bangun." Jeongin bercerita kisah silam anak sulungnya. Jisung cemberut.

"Mak dengan abah ni, cubalah bagi Li tunjuk yang Li ni bagus orangnya." ujar Jisung, sedih.

"Mana Riz?" tanya Jeongin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now