Seratus tujuh

951 151 144
                                    

Tok tok tok!

Klek

"Siapaー"

"MIRAH!" Minho hampir tergolek apabila dirinya diterjah secara mengejut di depan pintu.

"Lepas! Lepas!" marah Minho, dia melepaskan diri dari pelukan beramai-ramai itu. Dia tidak selesa kerana dipeluk oleh tiga orang wanita sekaligus. Terasa mahu kemik badannya.

Joonyoung memegang kedua belah tangan Minho sambil tersenyum lebar.

"Tahniah, Mirah! Malam tadi akak dengan lain sampai tak sabar nak tunggu esok pagi masa tahu Mirah positif!" katanya. Minho terkebil-kebil. Dia mengerling Seungmin yang sedang menuang bijirin ke dalam mangkuk. Sah, mesti Seungmin punya kerja pergi hebohkan.

"Dah berapa bulan dah?" tanya Seonghwa.

"Err, entah. Baru semalam buat test pregnant. Hari ni baru nak pergi check doktor." jawab Minho dengan pipi yang berubah kemerah-merahan.

"Mirah, kalau Mirah ngidam nak makan apa-apa bagitahu je kat aku nanti aku masakkan!" ujar Hyunjin, bersemangat.

"Haah, betul tu. Aku pun boleh masakkan juga!" sokong Seonghwa.

"Akak pun! Siakap potong stim? Kari kepala kambing? Daging harimau menangis sebab kena tinggal bini? Semua akak boleh masakkan!" ujar Joonyoung pula. Minho semakin kekok, berita tentang kehamilannya baru diketahui semalam tetapi Joonyoung, Seonghwa dan Hyunjin sudah beria mahu memasak jika dia mengidam sesuatu.

"Lagi satu, Mirah. Kitorang akan protect kau!" ujar Hyunjin, lagaknya seperti superhero.

"Kalau Halim buat kau nangis, kitorang sebat bontot dia pakai daun bawang berjemaah! Tidak akan kami biarkan air matamu menitis kerana dia!" katanya lagi.

Seungmin mengacau bijirin itu sambil mencebik. Teruk sangatkah dia di mata tiga ketul bawang jadian itu?

"TEPI! TEPI!" para wanita dirempuh oleh sekumpulan lelaki, Seungmin yang sedang menikmati sarapannya tiba-tiba diangkat oleh mereka dan dilambung-lambung ke udara.

"AMENDE NI?!" Seungmin panik setengah mati.

"ADIK KITA DAH BESAR! DAH NAK JADI BAPAK DAH KAU HIKS TERHARU KITA!" jerit Jisung. Sangyeon dan Hongjoong mengangguk.

"HALIM DAH JADI LELAKI! TAHNIAH, ADIKKU!" ucap Hongjoong, mata Seungmin terjegil.

"APA SEBELUM NI KAU FIKIR AKU PONDAN KE?! DAH BERHENTI! AKU NAK SARAPAN!" arah Seungmin. Jisung, Sangyeon dan Hongjoong berhenti melambung.

Buk!

Seungmin jatuh ke lantai dengan sadis. Tulang punggung Seungmin mencatat sedikit keretakan.

"Sakitlah, taik!" maki Seungmin.

"Dah kau suruh kitorang berhenti." kata Hongjoong, bukan salah mereka buat Seungmin begitu.

"Tapi jangan terus buat aku jatuh! Sakit tahu!"

"Jangan marah-marah helemek. Bukan kau pun yang pregnant sampai nak marah-marah macam ni. Ke kau yang sebenarnya mengandung bukan si Mirah?" Sangyeon melipatkan tangan ke dada dengan dahi yang berkerut.

"MACAM MANA AKU TAK MARAH, KIMAK?! BONTOT AKU SAKIT, BANGANG! KAU NAK TRY RASA KE?! SINI AKU BALING SEKOR SEKOR SAMPAI MAMPUS!" Sangyeon, Hongjoong dan Jisung lari bertempiaran. Muka Seungmin sudah menjadi bengis seperti singa.

Kalau lambat sesaat pasti mereka sudah dilempar.

"KAU, MURAD! OTAK KAU KAT MANA? BELAJAR DARI MANA LELAKI BOLEH MENGANDUNG?! DAH TUA PUN BODOH!" jerit Seungmin sambil mengejar mereka.

Han FamilyWhere stories live. Discover now