Enam puluh lima

1.2K 202 334
                                    

"Sikit lagi, Riz. Dah nak masuk dah tu."

"Diam, Mal. Aku tengah fokus ni."

"Cepat, Riz. Aku yakin kau boleh!" Fokus Changbin terganggu kerana jelmaan dua setan bernama Wooyoung dan Haknyeon. Sikit lagi benang hendak termasuk ke dalam lubang jarum namun mereka berdua terlalu bising sehingga Changbin gagal untuk kali ketiga.

"HAISH, JANGAN BISINGLAH! TENGOK DAH TAK MASUK!" jerit Changbin. Dia meletakkan jarum dan benang lalu menarik rambutnya sendiri.

Boleh murung dia seumur hidup disebabkan mereka.

"Oit, yang bising-bising kat belakang tu dah siap ke menjahit?" tegur guru matapelajaran kemahiran hidup mereka.

"Riz tak nak jahit cikgu!" adu Wooyoung.

"Haah cikgu, kitorang dah tolong bagi kata-kata semangat kat dia tapi dia tak reti bersyukur." sokong Haknyeon. Changbin mengetap gigi.

Ada juga mulut anak orang pula yang dia jahit nanti.

"Diorang tipu, cikgu. Diorang yang kacau Riz masukkan benang dalam jarum." ujar Yeosang. Sekarang dia bukan lagi seorang budak broken. Sifat aslinya sudah kembali.

Guru itu bercekak pinggang.

"Ikmal! Mirza! Diri kat luar kelas sekarang!"

"T-Tapi..."

"Satu! Dua! Tiー"

Wooyoung dan Haknyeon segera berdiri di luar kelas kerana guru itu sudah siap hendak melempar pemadam papan putih ke arah mereka.

"Cikgu, saya give up lah cikgu. Masukkan benang dalam jarum macam tinggi saya tetiba naik jadi 180 sentimeter. Mustahil boleh jadi." ujar Changbin. Dia tidak tahu mengapa cuma mereka berempat sahaja lelaki yang terpilih untuk mengambil bahagian ekonomi rumah tangga yang kebiasaannya diambil oleh pelajar perempuan.

Pelajar lelaki yang lain mengambil kemahiran teknikal, hanya belajar tentang asas elektrik dan elektronik sahaja. Tidak perlu memasak dan menjahit.

"Riz, kita tak boleh berserah. Cuba kamu tengok Farish tu, okey je dia menjahit walaupun jahitan dia tu dah tak macam rupa jahitan." balas si guru. Yeosang sedikit ragu sama ada kata-kata gurunya itu adalah sebuah pujian atau hinaan.

Changbin melihat kain skirt yang Yeosang jahit menggunakan tangan.

"Ni jahitan apa?"

"Insang pari."

"Asal bentuk dah macam insang dolfin doh?" tanya Changbin. Yeosang berhenti menjahit, berani Changbin menghina hasil lelahnya ini. Lebih setengah jam Yeosang habiskan masa untuk menjahit.

"Hei, kira untung jadi insang dolfin. Kau tu masukkan benang dalam lubang jarum pun tak dapat-dapat! Dahlah tak reti bersyukur aku tolong back up kau tadi! Terima kasih pun tak!" balas Yeosang. Semenjak dia pulih, kata-katanya sedikit bertambah berbisa.

"Rish, kecil hati aku kau cakap macam tu."

"Dah tu kau nak heboh satu dunia? Gitu?"

Sangyeon menghela nafas, dia memegang sehelai kertas yang menunjukkan hasil tangkapan mangsa buaya yang semakin berkurang. Dia selaku ketua harus berbuat sesuatu.

Mungkin dia perlu memberi teguran kepada anak-anak buaya. Mungkin juga dia perlu membuat kelas tambahan buaya secara percuma.

Atau dia harus mengadakan maljis ceramah dan menjemput Rosli untuk memberi ceramah motivasi.

"Stress je, bang. Orang rumah mengamuk ke?" tegur Hongjoong. Sangyeon menyerahkan kertas itu kepadanya.

"Tengok ni, semalam cuma ada tiga mangsa je. Tu pun sebab Mingi croco mengurat nenek kembar 3." Hongjoong meneliti penurunan mangsa buaya itu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now