Lapan puluh enam

1.1K 206 419
                                    

"Pak cik Halim, kenapa mata dah macam panda?" tanya Younghoon. Hari ini dia mempunyai kelas tambahan di sekolah dan sekarang dia sedang berehat bersama Seungmin.

Kenapa dia tidak berehat dengan kawan-kawannya? Sebab Younghoon penat rasa malu dengan perangai kawan-kawan yang tak patut dibanggakan.

"Aku tak cukup tidur." jawab Seungmin.

"Kenapa?"

"Kau cakap dengan aku macam mana aku nak tidur kalau bini aku tu pergi letak mengkarung dia dalam bilik? Aku pernah termimpi mengkarung tu nak cekik aku tahu, aku tengok muka dia sekilas je pun dah tahu dia tu bukan binatang baik. Dia binatang dua muka. Sama je dengan tuan dia tu." kata Seungmin.

"Aduh, pak cik. Mengkarung tu tak besar pun, takdenya dia nak cekik pak cik. Nak cekik lengan pak cik pun tangan dia tak sampai." kata Younghoon.

"Eh, apa kau tahu? Binatang kalau dah hati busuk memacam boleh jadi tahu." balas Seungmin, enggan kalah. Younghoon mengeluh. Boleh tahan bebal juga pak cik Changbin ni.

"Kenapa tak buang je mengkarung tu?"

"Tak boleh, nanti nangis tak sudah si Mirah tu. Telinga aku juga yang jadi mangsa. Pastu mak su kau nanti marah-marah aku."

"Hm, acik Mirah sejak mengandung ni banyak benda unik dia buat." ujar Younghoon.

"Tak, dia banyak buat benda bodoh." kata Seungmin. Ni baru pertama kali dia melihat ibu hamil mengidam mahu mengambil mengkarung sebagai anak angkat.

Ting!

Kucing jalanan

Halim, nanti belikan nasi lemak tapi tak nak lemak. Mau diet. (◍•ᴗ•◍) (. ❛ ᴗ ❛.)。◕‿◕。(*´ω`*)( ꈍᴗꈍ)(ㆁωㆁ)(人*´∀`)。*゚+(ノ◕ヮ◕)ノ*.✧(◠‿・)—☆
10:00
read √√

Seungmin mendengus.

"Tengok, baru je cakap fasal dia dah dia suruh aku beli nasi lemak tapi tak nak lemak. Dia fikir buat nasi lemak tu pakai air mineral ke? Orang pakai santan tahu! Santan tu memang dah berlemak! Pastu apa kejadah nak diet masa tengah pregnant? Kesian anak aku tu nanti kurang nutrisi!" dia membebel dan menunjukkan mesej Minho kepada Younghoon.

"Leklek lu, pak cik. Sabar jelah sebab pak cik juga acik Mirah jadi macam tu."

"Asal aku pula?"

"Siapa yang buat dia mengandung?"

Seungmin berdecit, dasar anak muda zaman jigeum.

"Kau tahu mana nak cari nasi lemak macam tu?" tanya Seungmin walaupun dia yakin hidangan seperti itu memang sukar dicari. Sudahlah nasi lemak itu bukan hidangan asli Korea. Makin susahlah operasi mencarinya nanti.

"Tak, suruhlah acik Munah buatkan." cadang Younghoon.

"Kak Munah pun boleh tanjat lah kalau aku suruh dia buat nasi lemak tapi tak nak lemak."

"Hei, apa ni mention nama bidadari syurga indah kesayangan aku ni?" sergah Jisung. Seungmin dan Younghoon terkejut.

"Apa kau buat kat sini?" tanya Seungmin. Jisung meletakkan sebuah bekas tupperware ke atas meja.

"Ni bini kau buatkan bekal."

Seungmin berasa was-was. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

"Dia masak apa?" tanya Seungmin lagi.

"Mana aku tahu, bukalah sendiri." Seungmin membuka tupperware itu. Dumpling.

"Macam sedap." tangan Younghoon sudah gatal mahu mengambil tapi pantas ditepis Seungmin. Bukan sebab dia kedekut. Sebab Seungmin tahu, semakin normal penampilan makanan Minho semakin berbahaya makanan itu.

Han FamilyWhere stories live. Discover now