Sembilan puluh

1.4K 213 464
                                    

"Kenapa tetiba ajak kitorang pergi lepak kat kedai aiskrim ni? Kata bad boy, takkan lah bad boy makan aiskrim strawberi? Jantan betul taste kau." tanya Chanhee. Sesudu aiskrim coklat disuap ke dalam mulut.

"Bad boy masih perlukan aiskrim dalam hidup dia. Jangan dipersoalkan." balas Changbin.

"Aku dengar cerita tiga hari lepas kau kena ritual dengan atuk kau sebab bagi ayat buaya kat Ikmal. Kau kenapa masa tu? Kena rasuk apa?" tanya Yeosang pula. Changbin mendengus, dia ingin lupakan tragedi itu sebenarnya.

"Aku hari tu fikir Ikmal tu akak Ri, lepas kena sebat dengan penyapu lidi baru aku tersedar yang aku mengurat Ikmal. Terus solat taubat aku malam tu juga."

"Akak Ri mana ni?" tanya Chanhee.

"T-Takde siapa-siapa." Changbin makan aiskrimnya dengan tergesa-gesa. Chanhee dan Yeosang berpandangan, Changbin salah orang untuk menipu. Kalau Haknyeon dan Wooyoung bolehlah Changbin nak tipu.

"Kau ada suka sesiapa ke?" tanya Chanhee tanpa berselindung. Pipi Changbin menjadi merah.

"Haah, dah sah lagikan soheh dia ada crush." jawab Yeosang.

"Ish, korang ni janganlah pandai sangat baca reaksi muka aku."

"Masalahnya kau tu yang terlalu obvious, bodoh." balas Chanhee.

"So, siapa?" tanya Chanhee selepas itu. Changbin menggeleng lagi, malulah nak cerita. Cukuplah Yunho dan Changmin je tahu. Takut terbongkar je rahsianya ini.

"Hai, korang." Hyejin datang menyapa mereka, di tangannya ada beberapa helai kertas.

"Hujung bulan ni ada sambutan khas sempena empat tahun kedai ni dibuka, ada aktiviti khas untuk kanak-kanak nanti. Korang nanti datanglah bawa adik-adik, ye." katanya.

"Akak yakin ke si Fakhrul tu nak join? Kerja dia terkangkang main game je kat rumah." tanya Yeosang.

"Cakap kat dia siapa menang dapat hadiah, mesti dia nak join punya." jawab Hyejin. Dia memberi mereka seorang sehelai kertas.

"Aku risau kalau si Haimin join, habis tunggang langgang kedai ni nanti. Kang tak fasal-fasal ada kerusi kat atas bumbung kedai. Ha ghisau." kata Chanhee. Hyejin ketawa.

"Haimin tak agresif macam tu sekali, Mi."

"Cih, aku yakin mesti kalau dia tahu ada sambutan macam ni otak dia automatik akan plan benda bukan-bukan. Budak tu memang setan perangainya sampai adik aku pun terikut jadi setan." ujar Chanhee. Hyejin ketawa lagi dan meminta diri, dia perlu ke meja pelanggan lain pula.

"Adik kau nak join ke nanti?" tanya Chanhee. Dia melihat Changbin yang sedang memerhatikan Hyejin sambil tersenyum.

"Hm, minat akak Ri yang tu rupanya." Chanhee memutarkan mata. Changbin kantoi lagi.

"Woi, sedarlah!"

Yeosang menepuk bahu Changbin dengan kuat.

"Hah, apa?" tanya Changbin.

"Patutlah kau terngurat Ikmal. Kau suka akakー hmph!"

"Shh, janganlah cakap kat sini!" bisik Changbin. Yeosang melepaskan tangan Changbin dari mulutnya.

"Macam mana kau boleh suka dia?" tanya Chanhee.

"Ianya bermula apabila mata kami saling berpandangan, rasa cinta tumbuh tanpa disedari dan aku mula merasakan keindahanー"

"Sudah, aku geli." potong Chanhee. Changbin memandang Yeosang dengan senyuman penuh maksud.

"Apa kau nak?"

Han FamilyWhere stories live. Discover now