Empat puluh tiga

1.3K 206 523
                                    

"Aik, Mirah. Mana laki kau? Tak sarapan sekali ke?" tanya Hyunjin semasa mereka semua sedang bersarapan bersama-sama di hari minggu.

"Ada tu kat bilik, katanya tak selera sebab demam." jawab Minho.

"Macam mana pula boleh demam?" tanya Yongbok.

"Tak tahulah, bah. Main hujan kot semalam dengan Dayang buruk dia tu." jawab Minho, dia menyuap makanan ke dalam mulut.

"Mak su tak bawa pak su pergi hospital?" tanya Chan dengan mulut yang comot dengan nasi. Minho memberi tisu kepada Changbin agar membersihkan mulut adiknya sebelum dia menjawab.

"Tak kuasa aku, dia tu bukan nazak pun. Esok lusa dah okeylah tu." jawab Minho.

"Mirah kenapa makan sikit je? Nanti kalau sakit kan abang risau. Ni ambil lagi lauk ni." sebagai abang ipar yang prihatin, Jisung mengambilkan lauk tambahan untuk adik iparnya.

"OHOK!" Hyunjin berlakon seperti orang tersedak namun matanya memberi jelingan padu kepada Jisung. Suaminya itu langsung menunduk dan tidak bersuara lagi.

Jika Hyunjin sudah terbatuk-batuk bererti Jisung perlu berhenti, kalau tidak ada bala yang akan menanti.

Klek

Seungmin keluar dari bilik dengan badan diselubungi selimut, hingus yang mengalir disedut beberapa kali. Ada sekeping kool fever yang tertampal secara menegak di dahinya, sudah pasti itu adalah disebabkan kerja tidak ikhlas Minho.

"Mak..." rengek Seungmin lalu dia menghampiri Jeongin, dia meletakkan kepala di bahu si ibu.

"Nak apa?" tanya Jeongin.

"Lapar."

"Makan."

"Suap..."

"Kau dah besar, Lim. Malulah sikit dekat anak-anak saudara kau ni." kata Jeongin. Changbin dan Chan mengangguk, naik loya tekak mereka melihat perangai pak cik mereka yang tidak semegah ini. Alangkan Chan sudah pandai makan sendiri tanpa mengharapkan Hyunjin.

"Abaikan lah budak-budak hingusan tu, mak. Mak, lapar..." rengek Seungmin lagi, kini dia sudah mula menghentakkan kaki.

"Bang, tu adik abang ke tu?" tanya Hyunjin.

"Entahlah, sayang. Abang pun tetiba rasa macam tak pernah ada adikー oh lupa. Dia kan anak pungut, yang." jawab Jisung.

Jeongin mengalah daripada anak bongsunya ini terus merengek seperti anak kurang kasih sayang, dia mengambil sesudu nasi berserta lauk dan mengarahkan ke mulut Seungmin.

Sayangnya belum sempat Seungmin mahu membuka mulut, sebuah tangan telah menarik lengan Jeongin dan mengubah arah sudu itu ke mulutnya.

"Abah!!!" marah Seungmin.

"Apa?" tanya Yongbok, berlakon seperti dia tidak melakukan apa-apa tadi. Seungmin menatap ayahnya dengan geram.

"Janganlah kacau mak!"

"Kau tu jangan kacau cinta abah!"

"Mak... suap Halim lagi." Seungmin meminta Jeongin menyuapnya namun Yongbok kembali membuat perkara sama.

"Ihh, abah! Abah sibuklah!"

"Biarlah, ni cinta abah!"

"Ni mak Halim!"

"Ni cinta abah!"

Jeongin akhirnya menjadi rebutan antara dua lelaki, lengannya ditarik dari dua arah bertentangan. Yongbok mahupun Seungmin sama-sama tidak mahu mengalah.

Han FamilyWhere stories live. Discover now