Dua puluh

1.6K 215 327
                                    

Again, aku malas check typo(s)

"Pstt, Mi."

"Kenapa?"

"Tu kembar kau tu kenapa?" tanya Changmin. Chanhee memandang Juyeon yang berjalan sambil menunduk di koridor sekolah.

"Entahlah, gastrik kot."

"Ish kau ni, aku bukan kembar dia pun tahu dia takde gastrik. Teruk sia kau jadi kembar." sindir Changmin sambil menolak kepala Chanhee. Mereka menghampiri Juyeon.

"Oi, pehal muka macam mayat hidup?" tanya Changmin.

"Penuh berbudi bahasa sekali pertanyaan kamu, nak." perli Chanhee, Changmin memutarkan matanya.

"Takde apa-apa." jawab Juyeon.

"Tsk, macam perempuan. Orang tanya kenapa jawab dia takde apa-apa." sindir Changmin.

"Ha by the way aku baru teringat, cikgu Jamal kata hari ni kau ada latihan basketball." ujar Changmin lagi dan membuat Juyeon langsung tersenyum lebar.

"Eleh orang mention basketball baru nak tersenyum." Chanhee memerli si kembar. Juyeon masih tersenyum dengan eyesmile yang mampu memikat hati ramai gadis termasuklah penulis buku ini.

"Mana ada, dahlah aku gerak dulu. Bye Hamzah, bye Syahmi." Juyeon menggosok kepala mereka berdua sebelum pergi dengan langkah yang lebih bersemangat. Chanhee dan Changmin saling berpandangan.

"Gila ke dia tu?"

"Aku rasa ye."

"Ha suka lah tu Harith gosok-gosok kepala korang!" sergah Younghoon yang muncul secara tiba-tiba.

"Mana ada." jawab mereka serentak.

"Alah tipuuu." Younghoon menghentakkan kaki lalu memeluk bahu mereka berdua.

"Adik Hamzah dengan adik Syahmi dah tak sayang abang Shah ke? Sampainya hati korang lupakan abang kesayangan korang ni!"

"Mirza, abang kau tu kenapa?" bisik Changbin. Tadi dia, Haknyeon dan Younghoon jalan beriringan sebelum Younghoon tiba-tiba berlari kearah Chanhee dan Changmin.

"Biasalah tu, abang Shah tu mana boleh tengok diorang dua ketul tu kena manjakan dengan adik beradik lain. Bak kata abang Shah, Syahmi and Hamzah is mine, if you touch touch them then you die." jawab Haknyeon.

Changbin melirik kearah Younghoon yang mengekori Chanhee dan Changmin sambil merengek.

"Aku tak tahulah ni sekolah ke hospital gila, semua budak kat sini perangai tak serupa manusia."

"Sedar diri, Riz. Kau sekolah kat sini tahu."

Sementara di rumah keluarga Han, Yongbok sedang membantu Jeongin membuat adunan brownies.

"Cintaku."

"Apaー aish!" Jeongin menjeling Yongbok kerana berani mencolek hidungnya dengan adunan brownies tersebut.

"Janganlah, kotor muka aku!" marah Jeongin namun Yongbok malah tersenyum lebar.

"Apa senyum-senyum?!"

"Cintaku janganlah marah, sebab cinta nampak comel kalau marah." kata Yongbok, Jeongin mendengus.

"Mengada."

"Pipi cinta merah."

"Tak merah, okey!"

Yongbok mencubit kedua-dua pipi Jeongin.

"Why you're so cute, my love?"

"Yohngbokh, lhepash!"

"Uwu, comel!"

Han FamilyWhere stories live. Discover now