Dua puluh tujuh

1.5K 205 619
                                    

Abaikan typo kalau ada.

"Hai, aunty!"

Minho hampir mencarut kerana Youngjae menyergah dirinya dari belakang. Untung dia sudah disinari sedikit cahaya taubat, kini tiada lagi perkataan "anak setan" keluar daripada mulutnya.

"Kau nak apa?" tanya Minho sebelum dia kembali fokus kepada kegiatannya iaitu melihat semut di tanah. Youngjae menggaru kepala, sedikit pelik kerana wanita itu mencangkung di tepi jalan semata-mata ingin melihat semut.

"Aunty, kalau bosan pergilah main game. Ni dah bosan tahap dewa dah ni Naufal tengok." kata Youngjae.

"Aku tengah tengok keindahan ciptaan Tuhan, kau budak kau diam je."

"Betul tu, kau sibuk je kacau orang tengok semut." Minho sedikit lagi ingin tergolek ke belakang apabila Changmin tiba-tiba ada di sebelahnya sambil mencangkung.

"Kau datang dari mana, setan?" tanya Minho.

"Dari neraka." Jaehyun tolong menjawabkan pertanyaan itu, kepalanya terjenguk ke luar pagar.

"Bang, aku dah lama tak gigit anak orang tahu." ujar Changmin membuat Jaehyun tersenyum dan mundur beberapa langkah. Satu keluarga tahu bahawa gigitan Changmin boleh membawa kesakitan dan tangisan jangka masa panjang.

Changmin memandang semut itu semula.

"Aku nak bela semut lah." dia mengambil seekor semut di tanah.

"Mulai sekarang nama kau Ricky!" ujar Changmin ceria, Youngjae mendekatkan bibir ke telinga Minho.

"Aunty jangan terkejut, abang Hamzah memang pelik orangnya." bisik budak lelaki itu. Minho melihat Changmin yang sedang sibuk membelai Ricky sebelum dia juga mengambil seekor semut.

"Wei budak, jagakan semut ni untuk aku." pinta Minho.

Jaehyun dan Youngjae menatap Minho tak percaya, rupa-rupanya masih wujud manusia yang pelik selain Changmin di dunia ini.

"Kenapa acik tak jaga je?" tanya Changmin.

"Susah, laki aku tu hati dia busuk. Nanti takut dia pergi lemaskan semut aku dalam air mangga. Jangan risau, nanti setiap hari aku kasi kau dedak untuk bagi semut ni makan." jawab Minho. Changmin mengangguk dan dia mengambil semut peliharaan Minho.

"Nama dia apa, acik?" tanya Changmin lagi selepas dia memindahkan Ricky dan kawan baharunya ke dalam sebuah botol.

"Kena bagi nama ke?"

"Kena lah."

"Kau panggil jelah tu Rizki." ujar Minho selamba.

"Em, kenapa Rizki?" tanya Youngjae.

"Semut dia Ricky, aku punya Rizki lah. Baru nampak macam kembar."

"UMAIRAH MINHO HAN, KENAPA KAU TAK MASUK-MASUK?! MANA SUSU SAJAT YANG AKU SURUH KAU BELI WOI?!" suara Hyunjin kedengaran sehingga di depan rumah keluarga Han alias tempat Minho mencangkung dan memerhatikan semut.

"S-Susu Sajat?" tanya Jaehyun. Wajahnya memucat apabila memabayangkan bagaimana Minho berhasil mendapatkan susu tersebut.

Para pembaca dinasihatkan agar tidak terlalu memikirkan apa yang difikirkan Jaehyun, itu sangat tidak penting.

"Kak Munah tu sengal hampir menuju ke bodoh, susu sejat dia panggil susu Sajat." kata Minho. Jaehyun menghela nafas, lega rasanya apabila susu itu bukanlah daripada sumber yang diragukan jantinanya.

Wanita itu akhirnya masuk ke dalam rumah, Hyunjin sudah menunggu di dapur dengan bercekak pinggang.

"Asal lama sangat kat luar tu? Tahu tak aku ni dah bersemangat nak buat kuih Mimi Peri!" marah Hyunjin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now