Empat puluh satu

1.4K 214 625
                                    

"Halim, lepaskan aku."

"Tak nak!"

"Halim Seungmin Han!" Minho mengunyah keropokk sambil menyaksikan suaminya sedang memeluk betis ibu mentuanya.

"Mak, nak Mirah tolong ke?" tanya Minho. Seungmin menatap Minho dengan tajam, seakan mengisyaratkan agar Minho tidak masuk campur dalam hal ibu dan anak ini.

"Em, kau tolong tarik laki kau ni. Naik kebas betis aku dia peluk dari tadi." balas Jeongin. Seungmin menatap ibunya dengan mata berkaca-kaca.

"Mak tak sayang Halim ke?" tanya Seungmin.

"Amende kau ni?" tanya Jeongin, menyampah.

Yongbok berjalan ke arah mereka.

"Halim, Mirah... Dah malam dah ni kenapa belum tidur?" tanya Yongbok.

"Tulah, ketepilah Halim. Aku nak tidur!"

"HALIM TETAP NAK TIDUR DENGAN MAK!" jerit Seungmin, pelukan di betis si ibu semakin dieratkan. Dia bertekad untuk tidur bersama Jeongin untuk mengelakkan mimpi ngeri menjadi kenyataan.

Minho mengusap wajah, terniat juga di dalam hati ingin menarik telinga Seungmin kerana berperilaku seperti budak berusia lima tahun.

"Halim, kau ni dah tua tahu. Tak malu ke nak tidur dengan mak lagi?" tanya Minho. Seungmin menggeleng. Jeongin menghembuskan nafas dan memandang Yongbok, meminta bantuan daripada sang suami.

"Halim, Halim tak kesian ke kat Mirah kena tidur sorang-sorang?" tanya Yongbok.

"Tak, dia pergilah tidur dengan Ayyan sana. Kalau sendu sangat pergi tidur dengan bantal peluk." jawab Seungmin, Minho menjegilkan mata. Jisung yang baru pulang dari tempat kerja mengerutkan dahi selepas melihat adiknya seperti itu.

"Lim, lupa makan ubat ke?" tanya Jisung.

"Shh, diam!" balas Seungmin, garang.

"Kenapa dengan budak ni, mak?" tanya Jisung kepada Jeongin.

"Dia tetiba nak tidur dengan aku, apa masalah entah budak ni."

"Mak..." rengek Seungmin.

"Kau pergilah tidur dengan bini kau, umur dah tua masih mengada-ngada!" marah Jeongin. Seungmin mencebik.

"Kalau kau tak nak tidur dengan Mirah, aku boleh je ganti." ujar Jisung. Seungmin pantas memandang abangnya dengan dua biji mata yang terjegil.

"Kalau macam tu mak dengan Mirah tidurlah dengan Halim..." rengek Seungmin kepada Jeongin lagi.

"Banyaklah songeh kau, dah jangan kacau mak lagi!" akhirnya Minho menggunakan kuasa isteri derhaka untuk menarik telinga Seungmin sehingga lelaki itu terpaksa melepaskan betis ibunya. Minho membawa Seungmin masuk ke dalam bilik mereka.

Jisung ketawa.

"Nasib baik Mirah boleh buat Halim lepaskan betis mak, kalau tak abah tak dapatlah peluk cinta dia malam ni sebab kena kongsi dengan Halim." usik Jisung. Yongbok memeluk Jeongin.

"Abah tak nak kongsi cinta dengan sesiapa!" balas Yongbok, bersemangat. Jeongin hanya mampu mengeluh perlahan.

Selepas itu, mereka bertiga memilih untuk masuk ke dalam bilik masing-masing. Jisung tersenyum lembut apabila melihat Hyunjin sudah tidur nyenyak dengan memakai blindfold bercorak bawang.

Blindfold kegemaran Hyunjin.

Ting

Jisung memeriksa mesej yang ia terima, senyumannya berubah menjadi sebuah seringaian.

Han FamilyWhere stories live. Discover now