Seratus dua belas

784 148 203
                                    

Jisung merebahkan badan selepas siap membersihkan diri, dapat baring di atas katil selepas waktu bekerja adalah nikmat Tuhan yang tiada siapa yang boleh dustakan. Lelaki itu memejamkan mata sambil tersenyum. Sekarang dia boleh merehatkan otot-ototnya dengan selesa.

Mata kanannya tercelik apabila merasakan seseorang duduk di sebelah.

"Hai, sayang." sapa Jisung, tangannya memegang tangan Hyunjin. Hyunjin memandang suaminya, bibir diketap, dia tidak pasti sekarang waktu yang sesuai atau tidak untuk bercerita tentang anak sulung mereka.

"Abang."

"Hmm?"

"Munah nak cakap something ni. Boleh?" mata Jisung tercelik lagi, dia melihat wajah Hyunjin.

"Sayang nak cakap apa?" tanya Jisung, dia duduk dan menyandarkan badan di kepala katil. Hyunjin memeluk Jisung, matanya menatap mata si suami tanpa berkedip.

"Abang perasan tak Riz sekarang dah jarang makan dengan kita?" tanya Hyunjin. Jisung terdiam. Ya, dia sudah lama perasan tentang perkara itu. Bila Hyunjin atau Jeongin memaksa Changbin makan bersama-sama, barulah anak itu akan keluar dari bilik.

"Munah risaulah dengan Riz tu, bang." Hyunjin meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Riz tak ada cerita apa-apa ke dengan sayang?" tanya Jisung. Hyunjin menggeleng.

"Abang macam tak kenal je anak sulung abang tu, kalau boleh semua benda nak rahsiakan daripada Munah."

"Tapi okeylah tu daripada semua benda nak mengadu kat kita macam si Ayyan."

"Ish, memanglah. Tapi Munah rasa tak sedap hati ni. Hari tu dia ada tanya Munah, dia makan banyak ke, tu yang buat Munah yakin ada yang tak kena dengan Riz tu." Jisung terdiam lagi, dia memikirkan kata-kata Hyunjin.

"Macam ni lah, esok abang cuba tanya Riz fasal ni. Okey?"

"Tapi kalau Riz tu tak nak cerita apa-apa?"

"Walaupun kalau kena paksa?"

Hyunjin terdiam, mungkin itu terkecuali. Jisung mengusap bahu isterinya dengan lembut.

"Kita tidur dulu, okey? Rehatkan minda tu sekejap. Jangan stress sangat." ujar Jisung. Hyunjin menghela nafas.

"Okay, fine."

Seungmin sedang fokus bermain game, tangannya lincah menggerakkan console game tanpa mengalihkan pandangan dari televisyen. Tiba-tiba pandangannya mengelap secara mengejut.

"HEI HEI, AKU DAH BUTA KE?" tanya Seungmin, panik. Namun sesaat kemudian mukanya berubah masam apabila terdengar tawa perlahan dari belakang. Dia melepaskan tangan Minho daripada matanya.

"Datang tu lain kali bagi salam lah." ujar Seungmin, agak geram. Minho duduk di sebelahnya, masih lagi ketawa.

"Assalamualaikum, encik Halim." ucap Minho, bibirnya tersenyum mengejek. Seungmin mendengus dan menjawab salam dengan perlahan. Dia kembali fokus dengan game nya. Minho memandang Seungmin dan skrin televisyen itu silih berganti.

"AUCH?" Seungmin menjerit, dia mengerutkan dahi
Tiba-tiba sahaja Minho menggigit lengannya.

"Hehe..." Minho tersengih.

Sah. Perangai random si isteri sudah muncul kembali. Nak marah tapi tak sampai hati pula Seungmin hendak memarahi ibu hamil itu.

"Kau nak apa?" tanya Seungmin.

"Tak nak apa-apa."

"Pergi tidur sana, dah lewat ni." arah Seungmin.

"Kau tu pun kenapa belum tidur? Esok kau kena kerja."

Han FamilyWhere stories live. Discover now