Seratus enam

1.2K 172 118
                                    

Warning: Mana yang single tu jangan marah aku, marah diri sendiri sebab single takde partner. ಥ‿ಥ

Luahan hati:
aku malas nak pergi kerja 😭😭😭

"Asal bahagia sangat ni, Riz?" tanya Haknyeon kerana Changbin dari tadi tersengih-sengih seorang diri. Takut juga kalau Changbin ni diam-diam disampuk makhluk halus.

"Aku teringat benda yang best." jawab Changbin.

"Apa? Fasal adik kau kena sebat dengan atuk kau? Wuish, aku yang tengah makan kat rumah pun boleh dengar adik kau menjerit. Mesti bontot dia dah berbirat." Changbin mengiakan sahaja walaupun itu bukanlah apa yang ia maksudkan.

Changbin teringat muka Sanghyuk ketika malam itu. Tak cukup tanah lelaki itu lari lepas dengar suara jantan Wooyoung. Changbin akan simpan kenangan indah itu sampai ke tua.

"Okey, memandangkan kau dah tak dalam era bodoken. Aku nak cerita sesuatu." bisik Haknyeon.

"Ha, apa dia?"

"Ad dah berubah gila-gila doh lepas Ikmal sound dia. Mesti dia sentap habis tu."

"Ikmal sound Ad?" Changbin terkejut. Wooyoung yang Changbin kenal berperangai seperti budak terlebih dos hyper dan kadangkala seperti buaya darat kurang belaian. Bagaimana Wooyoung boleh membuat Doyeon tersentap dengan kata-katanya?

"Ye je kau ni, ntah ntah tu Farish yang sound dia." ujar Changbin tak mahu percaya.

"Bukan Farish lah, aku sendiri yang tarik Ikmal dari terus sound si Ad. Tak perasan ke sejak naik cuti Ad diam je dalam kelas? Dengan Yana pun dia dah tak memekak macam dulu."

Changbin memandang Doyeon yang sibuk menulis. Betul juga cakap Haknyeon, selalunya bila cikgu tidak masuk dalam kelas Doyeon sudah menebar aura buaya.

"Asal Ikmal sound Ad?"

"Ikmal marah sebab Ad jadi orang ketiga dalam hubungan Ayyaz dengan nenek Enab. Lepas tu Ikmal kata Ad tak pernah hargai Syakir, tu jelah yang aku sempat dengar. Tapi sumpah kejam ayat Ikmal." jawab Haknyeon. Changbin mengangguk-angguk, dia berdiri dan pergi ke meja Doyeon.

"Ad." Doyeon memandang Changbin.

"Hm?" balas Doyeon, suaranya jauh lebih perlahan berbanding sebelum ini. Dulu Changbin pernah berhajat hendak menjahit mulut Doyeon kerana terlalu becok dan kuat.

Changbin memandang Yoojung namun gadis kecil itu mengangkat bahu, dia pun tidak mengetahui alasan Doyeon berubah.

"Kau tak nak usya pak cik guard ke? Kau kata kau suka janggut putih dengan perut boroi dia." tanya Changbin. Doyeon menggeleng.

Changbin berbisik pada Yoojung.

"Yana, pehal minah tu?" bisiknya.

"Tak tahu, dia tak cerita apa-apa pun kat aku." jawab Yoojung. Changbin rasa sedikit kekok, tiba-tiba Wooyoung memeluk bahunya dari tepi.

"Riz, jom pergi kantin. Dah rehat ni, Mirza tengah cop tempat duduk." ajak Wooyoung.

"Adー"

Belum sempat Changbin hendak mengajak Doyeon, Wooyoung sudah menariknya keluar dari kelas. Doyeon menghela nafas.

"Ad, nak rehat sama-sama tak?" tanya Yoojung.

"Takpe lah, kau pergilah kantin." balas Doyeon. Semua pelajar beransur keluar sehinggalah tinggal Doyeon sahaja di dalam kelas.

Doyeon berdiri dan keluar, dia sempat bertatap mata dengan Mingi semasa berada di kaki lima sekolah namun Mingi kelihatan dingin terhadapnya. Tersenyum pun tidak.

Han FamilyWhere stories live. Discover now