Empat puluh tujuh

1.3K 181 929
                                    

Warning!
Ada penggunaan bahasa gula tumpah yang tidak ditapis, aku pun tak tahu kenapa buku ni boleh jadi macam ni. Aku ingat nak buat buku humor sekali jadinya macam romance humor. ಡ ͜ ʖ


"Assalamualaikum, sang bidadari syurga." Juyeon menyapa Hyunjun ketika gadis itu sedang makan di kantin sekolah.

"Waalaikumussalam." jawab Hyunjun, tak lupa dia mengukirkan sebuah senyuman ramah yang mampu membuat jantung seekor buaya jadian itu berdetak kencang.

"Sorang je ke?" tanya Juyeon walaupun sudah jelas dan nyata bahawa gadis itu memang berseorangan di situ.

"Haah, kawan-kawan lain pergi library." jawab Hyunjun. Juyeon duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

"Diana, kalau abang nak cakap sikit boleh?"

"Apa dia?"

"Diana tahu tak setiap kali abang minum kat depan Diana mesti air abang jadi tawar."

"Lah, kenapa pula?"

"Sebab kemanisan air tu kalah dengan kemanisan wajah Diana." Juyeon mengenyitkan sebelah mata, Hyunjun tersenyum. Dia tahu Juyeon tergolong dalam pasukan buaya jadi dia tidak terlalu mengambil peduli dengan setiap kata-kata manis yang keluar daripada mulut si pengawas sekolah itu.

"Ada-ada jelah abang Harith ni."

"Tengok tu, langkah pertama dah dibuat." bisik Wooyoung, dia dan Changbin sedang mengintip dua sosok itu dari belakang dinding.

"Mal." panggil Changbin.

"Apa?"

"Kau dengan abang Harith tu takde plan kan nak santau anak orang? Atau sihir bagi jampi-jampi neraka dekat diorang kan? Tahu kan benda tu dosa?" tanya Changbin, ingin memastikan bahawa Wooyoung tidak melakukan perkara kurafat.

Tuk!

Wooyoung memukul kepala Changbin.

"Taklah woi! Buaya buaya aku pun aku takut tahu nak buat benda kurafat! Ish, ni lah kau suka sangat negative thinking pasal aku. Fikir aku ni takde agama ke?" marahnya.

"Alah tanya je... tu pun nak marah."

"Dahlah, kita sambung tengok jom." mereka kembali mengintip Juyeon dan Hyunjun. Senyuman Wooyoung melebar tatkala dia melihat Yeosang berdiri tidak jauh dari tempat kekasihnya berada, kembarnya diam memerhatikan mereka berdua berbual sebelum pergi dari situ.

"Aku rasa drama dah nak start, cepat wei bagitahu Mirza belikan popcorn!" ujar Wooyoung ceria.

"Mal, apahal suka sangat nak hancurkan kebahagian orang?" tanya Changbin.

"Riz, berapa kali aku nak cakap. Aku bukan nak hancurkan kebahagiaan orang tapi aku cuma nak uji kesetiaan diorang."

"Yelah tu." balas Changbin sambil memutarkan mata.

"Pak cik, boleh ke tak tu?" Hongjoong terlihat risau apabila melihat Yongbok cuba turun dari katil dengan susah payah.

"Boleh boleh, pak cik kan kuat." kata Yongbok sambil mendabik dada.

"Okey, jom kita jalan-jalan."

"Jom!" mereka berjalan ke taman hospital kerana tidak mahu terus berada di atas katil. Yongbok dan Hongjoong duduk di bangku kayu.

"Akhirnya, dapat pun hirup udara segar." Hongjoong meregangkan badan.

"Aik, dah kenapa termenung ni pak cik?" tegurnya apabila Yongbok menatap ke hadapan tanpa bersuara.

"Pak cik rindukan cinta pak cik." jawab Yongbok lalu dia memuncungkan bibir, terkecil hatinya mengenangkan Jeongin tidak pernah datang untuk melawat dia.

Han FamilyWhere stories live. Discover now