Tiga puluh lapan

1.4K 202 620
                                    

"Akak okey ke tak ni?" tanya Juyeon, naik seram dia  melihat Minho yang termenung dan tiba-tiba ketawa seorang diri. Perkara ini Juyeon buat berfikir yang syaitan di dalam badan Changmin sudah berpindah ke badan Minho.

"Okey je." jawab Minho sambil tersenyum lebar.

"Nampak macam tak okey je ni." balas Changbin pula. Sejak Minho mengajaknya dan Juyeon untuk keluar makan tengah hari bersama-sama lagi Changbin sudah merasakan sesuatu aneh telah terjadi pada Minho.

Tambahan pula Minho mengatakan bahawa dia ingin membayarkan makan tengah hari mereka. Selama 15 tahun Changbin hidup dia belum pernah melihat Minho membelanja seseorang.

Minho memandang Changbin.

"Kau nampak muka pak su kau pagi tadi?" tanya Minho.

"Nampak... er muka pak su macam muka kita lepas kena ritual sesat atuk." jawab Changbin. Senyuman Minho semakin lebar, dia membuka telefon dan menunjukkan kepada Changbin dan Juyeon sebuah video ritual Yongbok yang dijalankan di atas Seungmin malam tadi.

"Lah, semalam atuk buat lagi ritual dia? Kenapa Riz tak dengar jampi serapah ayah Pin yang atuk hafal tu?" tanya Changbin terkejut.

"Cih, kau tu tidur macam orang mati. Puas hati aku dengar jeritan penuh syahdu dia tu." Minho ketawa kejam, dia menjeda video itu.

"Nampak muka dia ni? Serius macam biawak komodo nak nazak doh HAHAHAHAHAー hmph!" Changbin pantas menutup mulut Minho.

"Mak su, nak gelak tu boleh tapi jangan kat sini. Ingat, kitorang tak nak maruah kitorang jatuh sebab suara gelak mak su macam langsuir gila." pesan Changbin. Minho melepaskan tangan Changbin.

"Dasar anak sedara kurang ajar kau."

"Jadi tu je sebab akak nak belanja kitorang lunch?" tanya Juyeon.

"Yep!"

Juyeon dan Changbin menggelengkan kepala, pelik sungguh mereka dengan perangai wanita ini.

"Kau salah rumus, sengal! Sebab tu dapat jawapan lain!" marah Chanhee, dia menghembuskan nafas berat. Lelah dia mengajar lelaki-lelaki yang muda setahun daripadanya ini.

"Alah, abang Syahmi. Janganlah marah-marah, nangis si Mingi tu aku tak tahu. Tu tengok tu mata dia dah merah dah." ujar San.

"Hei, aku tak pernah nangis sebab kena marah!" bantah Mingi.

"Kalau kau nak aku boleh cerita dengan detail macam mana kau nangis lepas kena marah dengan Changbin sebab math." ujar Haknyeon sambil menaik turunkan keningnya berkali-kali. Mingi mencebikkan bibir.

"Mi! Mi!" Hyungseo berlari dari dapur ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Chanhee.

"Nak apa?" tanya Chanhee.

"Ibu suruh beli daun bawang." Chanhee menatap Hyungseo dengan mata yang disepetkan. Tahap kepercayaan Chanhee terhadap Hyungseo sangat rendah. Serendah kepercayaan dia kepada Sunwoo.

"Ibu suruh aku ke suruh kau?" tanya Chanhee.

"Kaulah."

Tuk

"Rafiq, ibu tak pernah ajar kamu jadi penipu." marah Joonyoung, firasatnya benar bahawa Hyungseo akan menggunakan orang lain untuk membeli barang dapur.

Hyungseo mengusap kepalanya yang sakit diketuk dengan sudu kayu.

"Alah, bu. Afiq mana boleh keluar rumah nanti kulit Afiq terbakar ha ibu juga yang susah nanti. Afiq ni cuma tak nak buat ibu risau dengan keadaan Afiq."

"Bang, kau tu bukan ada photosensitivity pun." sampuk Yeosang. Wooyoung mengerutkan dahi apabila mendengar perkataan aneh itu.

"Fotosintesis?" tanya Wooyoung.

Han FamilyWhere stories live. Discover now