Tujuh puluh sembilan

1.1K 198 195
                                    

Yang nama Mirah jadi Murah tu bukan aku salah tulis gais. Aku dah elok ii tulis Mirah tapi autocorrect macam lahanat dia pi tukar jadi Murah. Ni yang nak maghah ni. *tendang kasut daddy jewaipi*

"Nek, boleh tak pujuk nek Enab suruh terima Ayyaz?" tanya Mingi. Jisoo yang sedang menganyam tikar terus melihat cucunya dengan tajam.

"Ayyaz, sudah-sudahlah kejar si Enab tu. Dia tu dah ada bau bau tanah tahu. Tinggal tunggu masa je tu." ujar Jisoo padahal dirinya lebih tua berbanding Chaeyoung.

"Kalau kau datang rumah aku ni sebab nak suruh aku pujuk si Enab baik kau balik jelah." halau Jisoo pula. Chan dan Jongho yang ada di situ sambil tolong menganyam pun terangguk-angguk.

"Entah abang ni, nek Enab tu dah tua. Nanti kalau nak melayan kerenah buaya kurang kasih sayang abang ni boleh mempercepatkan proses pemergian nek Enab tahu." sokong Jongho.

"Ha betul tuー eh! Tak baik cakap macam tu!" Jisoo menepuk perlahan peha Jongho dan dibalas dengan cebikan.

"Tapi nek, nek tak faham apa tu cinta."

"Kalau aku tak faham tak lahir si Dollah tu, korang adik beradik pun tak wujud." balas Jisoo. Dia membaling beberapa helai daun mengkuang kepada Mingi.

"Daripada kau membucin tak tentu arah dari tadi baik kau tolong aku anyam! Budak-budak ni tolong pun takde function, lagi menjahanamkan adalah." Chan dan Jongho memuncungkan bibir, Jisoo menyindir mereka. Niat mereka itu murni mahu membantu.

"Huwaa nenek, tolonglah!" Mingi duduk atas peha Jisoo dan memeluk si nenek.

"Nenek tolonglah Ayyaz, cuma nek Enab je yang mampu ubati penyakit buaya Ayyaz!" mohon Mingi. Tak sedar bahawa berat badannya membuat tulang peha Jisoo hampir patah. Perlu diingatkan bahawa Wan Harraz Mingi itu sudah berusia 15 tahun dan memiliki tinggi setanding tiang.

"Macam mana abang Harraz boleh suka nenek Enab?" tanya Chan. Mingi tersengih-sengih.

"Cinta itu mula berputik semasa aku terpelecok kat jalan dan semua kembar aku yang hanat cuma gelakkan aku pastu takde sorang pun nak tolong. Lalu datang sang bidadari tolong ubatkan aku punya kaki yang terseliuh. Bidadari tulah yang dah butakan mata aku daripada melihat kecantikan perempuan lain."

"Jijik aku dengar! Nyah kau!" Jisoo menolak Mingi agar turun. Baru berapa minit Mingi duduk tapi peha Jisoo sudah rasa sakit.

"Nek, tolonglah."

"Kau bukan taste dia." kata Jisoo.

"Nek, tak ada siapa yang boleh menafikan kekacakan seorang Harraz Mingi ni. Cicak kat dinding tu kalau boleh bercakap, dah lama dia cakap I love you kat Ayyaz tahu." Mingi berkata sambil mendabik dada. Jisoo memutarkan mata lalu memandang Chan.

"Atuk dengan nenek kau dah okey ke belum?"

"Belum."

"Aik, lama betul? Dah berapa hari dah ni."

Chan membalas tatapan Jisoo.

"Nak buat macam mana? Atuk pun dah tak panggil nenek dengan panggilan cintaku." Jisoo terkejut. Dare Jeongin nampaknya sudah membuat masalah yang sangat bahaya.

"Astaghfirullahalazim, seriuslah? Habis tu nenek kau okey tak?" tanya Jisoo lagi. Chan mengangkat bahu. Tengok dari luar Jeongin nampak biasa sahaja tapi keadaan hatinya tak ada siapa yang tahu.

Klek

"Nenek..." San membuka pintu rumah, dia jalan memdekat lalu baring berbantalkan peha Jisoo. Sekali lagi peha Jisoo perlu menampung beban dunia.

Han FamilyWhere stories live. Discover now