Sembilan puluh sembilan

1K 184 346
                                    

"So... dah tak ada kapal SyaRiana lagi?" tanya Haknyeon apabila Changbin habis bercerita tentang masalah yang melanda San dan Doyeon.

"Entahlah, Mirza. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana." jawab Changbin.

"Kesian Syakir, lelaki setia macam dia pun tak dihargai." ujar Haknyeon. Changbin mengangguk-angguk, dia juga rasa kesian pada San.

"Aku rasa Ad yang salah dalam masalah ni. Syakir ikhlas kot nak kat dia tapi dia sibuk pergi membuaya dengan orang lain. Siapa je tak sakit, kan?" ujar Changbin. Hyejin menghampiri mereka ketika pelanggan sudah beransur kurang.

"Syakir dah stop bagi susu strawberi kat Ad ke?" tanya Hyejin. Changbin dan Haknyeon mengangguk.

"Dah dekat seminggu, kak. Pernahlah juga dia terbeli susu strawberi lepas tu dia bagi kat Mirza." jawab Changbin.

"Ad suka Syakir?" tanya Hyejin lagi.

"Tak tahu." jawab mereka.

"Complicated betul lah, Ad tu selfish tahu. Dia membuaya dengan lelaki lain boleh Syakir bual dengan ex crush dia tak boleh. Masalah apa tah perempuan tu. Masalah mental agaknya." rungut Haknyeon.

"Betul tu, jarang tahu ada lelaki ikhlas suka kat perempuan macam tu sekali. Ad tak patut sia-siakan Syakir." ujar Hyejin. Changbin dan Haknyeon setuju, tak ada lelaki lain yang sanggup menanti cinta daripada perempuan buaya seperti Doyeon selain San seorang.

Changbin melihat Hyejin berbalas mesej dengan seseorang.

"Lepas habis kerja ni akak ada plan nak pergi mana-mana ke?" tanyanya.

"Haah, ada orang ajak jalan-jalan pastu pergi dinner."

"Oh..." Changbin agak kecewa, baru nak ajak Hyejin jalan-jalan tadi.

"Guys, fokus ke rancangan boleh tak? Tangan aku dah gatal nak baling pinggan ni kat kepala korang." tanya Sangyeon geram kerana Jisung dan Hongjoong sibuk membuat adegan tak sepatutnya di kedai mamak.

"Sibuklah kau, aku nak spend quality time dengan baby Lili ni!" marah Hongjoong sambil menyuap Jisung.

"Haah, kau tu tahulah single takde yang nak suap-suap kau." ejek Jisung.

"Kau ni bangang jenis apa? Bodoh ke? Tua-tua pun otak masih tak berguna?" tanya Sangyeon. Joonyoung dah sah-sah isterinya, kajian dari mana Jisung ambil yang mengatakan dirinya single? Anak pun dah enam orang.

"Baik aku lepak dengan Halim jelah daripada lepak dengan korang."

"Alah alah merajuk pula orang tua ni, yelah kitorang tak buat lagi." Jisung mengalah dan Hongjoong mencebik.

Mereka dah diibaratkan Chan dan Jongho tapi versi yang lebih rancak dan berdosa.

"Okey, untuk pisahkan Harraz dengan acik Enab aku cadangkan kita kena guna orang ketiga." cadang Sangyeon.

"Nak guna siapa? Takde lelaki lain yang nakkan acik Enab. Ayyaz pula siapa yang kita nak suruh untuk goda dia? Anak kita semuanya jantan, takkan kita nak suruh Riz goda Ayyaz untuk tinggalkan acik Enab?" tanya Hongjoong.

"Kenapa pakai anak aku? Pakailah anak Murad!" marah Jisung.

"Oh, bolehlah. Rad, kau suruhlah Harith goda Ayyaz. Dia kan buaya yang berprestasi tinggi."

"Kang aku tampar sekor-sekor berpusing kepala korang nanti!" marah Sangyeon. Penatlah asyik Sangyeon sahaja yang perlu menggunakan otak. Apa function otak Jisung dan Hongjoong kalau macam tu?

"Orang ketiga tak semestinya kena goda Harraz atau acik Enab, dia boleh je jadi batu api. Buat cerita palsu sampai buat diorang gaduh then putus." jelas Sangyeon.

Han FamilyWhere stories live. Discover now