Sembilan puluh satu

1.2K 191 694
                                    

Maafkan saya jika ada typo atau kehadiran ayat-ayat aneh. Saya lelah nak check dan betulkan banyak kali.

"Mona... Mona... Umur dah layak jumpa Munkar Nakir pun perangai masih bodoh bodoh lagi." Jisoo menggelengkan kepala melihat Lisa datang ke rumah Jeongin menggunakan kereta kecil milik cucunya.

"Assalamualaikum, gays! Aku bawa kuaci kegemaran kita sekeluarga!" Lisa mengangkat tinggi-tinggi kuaci yang dibawa.

"What's up, my love?" sapa Lisa sambil mencuit dagu Jeongin.

"Jangan panggil dia my love, kau nak laki dia baling selipar kat muka kau ke?" tanya Jennie. Lisa berdecit. Sibuk jelah nenek tua seorang ni.

"Wow, perkumpulan mak cik-mak cik bersatu." kata Hyunjin sebaik sahaja dia melihat lima orang nenek sedang berkumpul di ruang tamu.

"Munah, nak teh o satu dengan spaghetti carbonara tambah budu!" pesan Lisa.

"Memang rumah aku ni kedai makan." sindir Jeongin.

"Dia memang macam ni, Nah. Kadang-kadang wayar terputus. Penat kitorang nak sambungkan balik." ujar Chaeyoung.

"Hm, patutlah. Munah, kau buatkan air teh o je, perempuan ni kau letak garam jangan pakai gula." kata Jeongin sambil menunjuk Lisa. Hyunjin mengangguk dan pergi ke dapur.

"Peh, kau sampai hati buat aku macam ni!" ujar Lisa tetapi Jeongin mengabaikannya.

"Kita nak buat apa sekarang?" tanya Jeongin.

"Ngurat laki orang?"

"Kau nak Mahmod marah aku lagi ke?"

Cadangan Jennie ditolak. Bukan salah Jeongin, memang cadangan itu tidak boleh diguna. Nanti Yongbok marah sampai lari rumah kang baru tahu.

"Kita tengok ceramah agama jelah. Dapat pahala." cadang Chaeyoung.

"Wow, dah bertaubat dah kau. Ingatkan masih jahil." puji Lisa dalam nada menyindir.

"Aku bukan macam kau, lahanat. Dah tua pun perangai tak berubah."

"Kita main enjit-enjit semut lah." cadang Jisoo. Mereka semua saling berpandangan.

Hyunjin membawa air untuk kawan-kawan Jeongin namun dia terhenti jalan apabila melihat mereka sedang bermain enjit-enjit semut.

"Walaweh, mengamit kenangan betul punya game." monolog Hyunjin.

"Jemput minum, acik." pelawanya. Lisa orang pertama yang minum tetapi sebaik sahaja dia merasa teh itu dia terus tersembur.

"APA NI TEH MASIN?"

Jisoo, Jennie dan Chaeyoung merasa air itu.

"Amende kau? Okey je aku rasa. Lidah dah mati rasa ke?" tanya Jennie. Lisa memandang Hyunjin yang sedang menyorok di belakang Jeongin.

"Kau fikir aku bergurau ke suruh dia letak garam dalam air kau?" tanya Jeongin.

"SAMPAINYA HATI KAU, MISNAH! YOU MAKE ME SAD HIKS HIKS! DAHLAH LEBIH BAIK AKU PERGI MEMBAWA DIRI! JANGAN INGAT AKU LAGI! LUPAKAN AKU! ANGGAP KITA YAK PERNAH KENAL LEPAS NI!" Lisa berlari keluar sambil nangis teresak-esak.

"Pergi pun akhirnya beban dunia tu." ujar Jisoo.

Changbin masuk ke dalam kedai aiskrim bersama Chan, ramai orang sudah datang untuk merayakan sambutan yang dibuat pada hari itu.

"Abang Riz, kan Ayyan dah cakap Ayyan tak nak join." kata Chan.

"Jangan nak terperap je kau dalam bilik tu. Lagipun ada hadiah takkan kau tak nak?"

Han FamilyWhere stories live. Discover now