Sembilan puluh tiga

1.5K 209 706
                                    

👆 Maksud tsundere

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

👆 Maksud tsundere.

"Yo, Riz. Muka bahagia macam cimpanzi dapat bunga dah kenapa? Ada teh wangi ke?" tanya Doyeon yang duduk di hadapan meja Changbin.

"Teh terlebih wangi wei." jawab Changbin dengan sengihan.

"Wuuu, seandainya tuan hamba tidak keberatan silalah menumpahkan teh wangi itu." ujar Doyeon. Kening dinaikkan beberapa kali.

"Tak nak, kau tak pandai simpan rahsia."

"Ehh, si ketot ni. Aku bab rahsia ni paling bagus tahu! Ketot, come on lah! Ceritalah!" Changbin memandang kiri kanan, memastikan tidak ada Wooyoung atau Haknyeon berdekatan mereka. Dia mendekati Doyeon untuk berbisik.

"Sekarang ni kan aku makin rapat dengan pujaan hati aku, bro. Aku syak dia pun suka akulah." bisiknya. Doyeon tersengih, pembaris panjang diambil lalu dicucuk-cucuk perlahan ke lengan Changbin.

"Wuu, member tengah bahagia rupanya. Patut muka berseri-seri macam kuih seri muka je dari tadi." bisik Doyeon.

"Shh, jangan bagitahu sesiapa tahu. Kalau kau kantoikan aku potong tali kasut kau." ugut Changbin.

"Baik, bos. Ad yang cantik ni takkan membuka rahsia anda!"

"Korang buat apa tu?" tegur San. Changbin kembali menjauhkan diri daripada Doyeon.

"Berbisik." jawab Changbin, San menyipitkan mata. Changbin tak ada niat nak rampas Doyeon daripada dia, kan?

"Ya habibi, kenapa habibi datang sini? Mahu melawat ana kah? Habibi rindu ana kah? Ana pun rindu habibi. Sesaat tidak melihat wajah habibi buat hidup ana suram." itulah Doyeon, dah tahu San sukakan dia pun masih beri ayat manis padahal mereka masih bergelar kawan.  Pipi San jadi sedikit merah.

"Nah, susu." susu strawberi diserahkan dan disambut oleh Doyeon dengan senang hati.

"Thank you, Sannie ku yang teruwu!" Doyeon mengenyitkan mata. San terus lari keluar, sumpah dia tak kuat. Jantung San tak mampu nak berdegup lebih laju.

"Kau dengan dia dah couple ke?" tanya Changbin.

"Belum."

"Dah tu kenapa bagi dia harapan?"

"Riz, kau tahu kan aku ni apa? Seekor buaya betina yang sudah mencapai tahap profesional. Melontarkan kata-kata manis tu dah macam kewajiban aku. Ada faham, abang hensem?" jawab Doyeon.

"Lagipun Syakir cute lah, aku usik sikit dah blushing macam apa. Macam nak gigit je pipi dia. Mungkinkah dia adalah orang yang benar-benar tercipta buatku?" ujar Doyeon sedikit drama.

"Bluek, ayat buaya kau dah lapok kat telinga aku."

Changbin melihat Doyeon minum susu itu.

"Lain kali suruh dia bagi air selain susu. Kau nak tinggi lagi ke apa? Sudah-sudahlah, tinggi kau dah macam hantu galah tahu."

Han FamilyWhere stories live. Discover now