Special Chapter

934 91 234
                                    

Hyunjin, Joonyoung dan Seonghwa diam memerhatikan Minho yang sedang makan sambil menonton kartun. Awalnya mereka rancak membawang tetapi selepas melihat "cemilan" Minho, perbualan mereka automatik terhenti.

"Kenapa? Nak sikit ke?" tanya Minho. Semangkuk natto yang dicampur dengan durian ditawarkan kepada mereka namun langsung ditolak secara mentah-mentah. Kombinasi makanan itu membuat tiga sekawan itu hendak termuntah dengan hanya melihat.

"Kau ni dah kenapa, Mirah? Semalam kau makan coklat campur sos tiram, hari ni natto dengan durian. Esok lusa entah-entah kau makan alien masak kicap. Kau mengidam ke lidah kau memang dah tak betul?" soal Seonghwa.

"Suka hati akulah nak makan apa. Ada aku guna duit kau ke nak beli natto dengan durian ni? Takde, kan?" Minho menjeling Seonghwa, dia menjarakkan diri daripada wanita itu. Sedikit sebanyak perasaannya tersinggung kerana pertanyaan tersebut.

"Tanya pun salah?" soal Seonghwa. Minho duduk semakin menjauh tanpa berhenti menjeling.

"Akak Paka pun satu, yang ditanya soalan tah apa-apa dah kenapa? Hei, Mirah! Kau mengesot jauh-jauh kang sampai ke dapur kau pergi!" marah Hyunjin sambil bercekak pinggang.

Kebetulan ketika itu Changbin sedang melangkah keluar dari area dapur sambil bermain telefon, Minho sengaja menjulurkan kakinya untuk membuat Changbin tersadung.

Buk

"Mak su! Auch?!" Changbin menatap Minho dengan muka tidak puas hati. Sakit punggungnya kerana terjatuh tadi.

"Lain kali jalan jangan pandang phone je." ujar Minho. Changbin mencebik dan memandang ibunya. Meminta simpati.

"Ewah ewah sedap kau je kan salahkan anak aku? Kau yang julur kaki tiba-tiba!" marah Hyunjin, Changbin tersengih apabila Hyunjin memarahi Minho. Dia memandang mak ciknya dengan kening yang terjungkit-jungkit, seperti sedang mengejek Minho.

"Eh, kau! Kurang asam betul!" Minho menarik rambut Changbin dengan kasar. Membuat remaja itu menjerit kesakitan.

"ARGHHH MAK SU!ー MMPHH!" seksaan yang Changbin terima tidak terhenti setakat itu sahaja, Minho dengan tidak bersalah menyumbat sesudu besar natto durian ke dalam mulutnya. Joonyoung dan Seonghwa segera menjauhkan Minho daripada Changbin.

"Kau ni kan, Mirah! Memang nak kena dengan aku!" tangan Hyunjin sedikit lagi hendak mencapai rambut Minho, nasib baiklah Joonyoung sempat menahannya.

"Bluek, kau tak dapat pukul aku!" Minho menjelirkan lidah ke arah Hyunjin.

"HEI, MIRAH! KAU NAK AKU POTONG KE LIDAH KAU TU, MANGKUK?! DASAR TENUK PUNYA PEREMPUAN! DAHLAH KAU SUMBAT MULUT ANAK AKU DENGAN NATTO DURIAN KAU TU!" teriak Hyunjin membuat Joonyoung yang berada paling dekat dengannya berdesing telinga.

Klek

Pintu utama terbuka, memperlihatkan Seungmin yang mahu menjemput Minho pulang.

"Halim, lari! Nanti kita kena goreng dengan Munahzilla! Lari!" jerit Minho, dia menarik suaminya keluar dari rumah Hyunjin. Minho ketawa terkekeh-kekeh apabila dia sudah berada di rumahnya sendiri.

"Seronok buat kak Munah mengamuk?" tanya Seungmin.

"Seronok! Seronok! Aku suka buat dia mengamuk! Nanti daripada Maimunah terus jadi Munahzilla!" jawab Minho riang sambil memeluk lengan Seungmin.

Han FamilyWhere stories live. Discover now