Dua puluh dua

1.4K 223 424
                                    

Lawo en cover ni? HSHSHSHSHHSHSH MUKA CHAN ASTAGHFIRULLAHー



"Abang Afiq kenapa muka macam orang nak meneran berak je ni?" tanya Wooyoung ketika dia duduk di sebelah Hyungseo.

"Dia nervous tu." jawab Chanhee sambil mengunyah nasi ayam yang dibawa dari rumah.

"Haah, katanya minggu ni dia nak confess perasaan dia kat cruー mphh!" Hyungseo menutup mulut Changmin, dahlah mereka di kantin sekarang. Takut nanti ada orang yang curi-curi dengar perbualan mereka.

Wooyoung menyeringai sementara Changbin dan Haknyeon masih tertanya-tanya.

"Ohh, begitu.. Patutlah muka macam nak berak." usik Wooyoung.

"Diam kau, diam." kata Hyungseo.

"Abang Afiq suka someone ke?" tanya Haknyeon membuat muka Hyungseo menjadi merah dalam sekelip mata. Mata Changbin terbeliak apabila dia mengingati tuduhan tidak bermoral Wooyoung kepada Hyungseo dulu.

Brak!

"Kau suka pak su aku eh?!" tanya Changbin sambil menghempas meja. Chanhee yang sedang khusyuk menikmati nasi ayam Joonyoung Jamilah terus tersedak.

"Ohok! Ohok!"

Dan Haknyeon sebagai seorang adik yang baik yang kebetulan duduk disebelahnya hanya membiarkan Chanhee terbatuk-batuk. Tiada langsung niat untuk menepuk belakang badan abangnya. Sungguh murni perangai lelaki ini.

"Ya Allah, Riz. Aku ni straight woi! Jangan kau menyalahsangkakan diri aku, aku bukan Ikmal!" ujar Hyungseo.

"Eh kita pula yang kena?" soal Wooyoung.

"Yelah, kau sendiri yang bagi nama ship kau dengan Syakir kan? Amende tah namanyaー ha WooSan!" balas Hyungseo. Changbin memandang Wooyoung.

"Amende sia kau ni Ikmal, kau tuduh abang Afiq gay padahal yang gay sebenarnya tu kau."

"Duhai sahabat, jangan kau dengari bisikan setan tu. Dia berdusta!" kata Wooyoung.

"Kau jangan munafik Mal, semalam aku nampak kau dating dengan Syakir kat belakang dewan basketball!" balas Hyungseo membongkarkan kegiatan rahsia Wooyoung.

"Sudahlah woi, gaduh jangan kat sini. Habis terpercik air liur korang kat nasi ayam aku." marah Changmin. Hyungseo dan Wooyoung mendengus sambil menjeling antara satu sama lain.

"Jadi abang Afiq suka siapa?" tanya Haknyeon lagi.

"Mana boleh bagitahu, karang heboh satu dunia sebab kau." balas Hyungseo.

...

"Mirah pergi belikan akak serbuk kunyit." pinta Hyunjin. Minho merungut, masa dia dah selesa baring di sofa barulah Hyunjin nak menyuruhnya macam-macam.

"Nantilah kak."

"Takde nanti-nanti, kau nak makan ayam goreng takde kunyit ke?" tanya Hyunjin.

"Kalau tu je yang ada, Mirah sanggup makan."

"Pergi beli serbuk kunyit sana, kucing pemalas." arah Jeongin. Minho memuncungkan bibir.

"Malaslah mak.. Sekarang kan waktu tengah hari, nanti sinaran UV terkena kat kulit Mirah dah boleh kena penyakit kulit." Minho cuba memberi alasan walaupun kedengaran tak logik kerana sekarang sudah pukul 4 petang, entah dari mana Minho boleh cakap sekarang adalah waktu tengah hari.

"Alah kulit kau tu kan kebal, macam jantan. Lainlah kalau kulit aku yang lembut, mulus dan gebu ni." ujar Hyunjin. Minho berdecih.

"Kulit macam kulit lembu, mulus kebendenya."

Han FamilyWhere stories live. Discover now