Enam puluh

1.3K 203 469
                                    

"Abang. Abang nak tahu sesuatu tak?"

"Tak nak." Chan cemberut mendengar jawapan daripada Changbin, rasa terujanya hilang begitu sahaja.

"Abang Riz..." rengek Chan. Changbin menghela nafas, terganggu sudah fokusnya hendak melukis. Ya, walaupun lukisannya setakat dua orang lidi bermain bola sekurang-kurangnya Changbin telah berusaha membuat kerja sekolahnya.

"Nak apa, Ayyan? Perhatian?" tanya Changbin.

"Ayyan nak bagitahu abang sesuatu!"

"Apa dia?"

"Pak su kan dia setuju nak bagi Ayyan sepupu!" Changbin terperanjat, adakah ini tanda-tanda besar Seungmin ingin pergi? Tiba-tiba sahaja pak cik yang satu itu mahu menyetujui permintaan Chan.

"Kau jangan buat lawak, Yan. Pak su tu mati hidup balik pun belum tentu nak bagi kau sepupu." kata Changbin. Chan memeluk tubuh.

"Betul lah, pak Su yang cakap dengan Ayyan petang semalam!"

"Ha yelah yelah. Lantak kaulah labu." Changbin yang malas ingin melayan hanya mengiyakan sahaja. Dia mahu sambung melukis tetapi dia memandang adiknya semula.

"Yan."

"Hm?"

"Kau couple dengan Fakhrul ke?" tanya Changbin. Chan tersengih.

"Err tu... hehe..."

"Apa hehe hehe? Jawab cepat."

"ASSALAMUALAIKUM, AHLI KUBUR!" Haknyeon muncul dan memberi salam kepada penduduk bilik itu. Changbin yang terkejut tidak sengaja menconteng lukisannya sendiri dengan pen merah.

"L-Lukisan aku!"

"Rileks lah, lukisan kau bukan cantik pun." balas Haknyeon, dia duduk di tengah-tengah antara Changbin dan Chan.

"Kau ada jajan tak? Takkan lah tetamu datang tak hidang apa-apa?" tanya Haknyeon, tak tahu malu.

"Kalau tetamunya perangai cibek macam kau, nak hidang air pun aku tak sudi!" marah Changbin tapi dia tetap mengambil sebungkus biskut coklat di dalam beg dan mencampakkannya ke muka Haknyeon.

"Woah, thanks bro! Tak sia-sia aku kerah tenaga aku datang sini." ujar Haknyeon lalu makan biskut coklat itu.

"Kau buat apa datang sini?"

"Makaー"

"Selain makan, bodoh. Aku tahu kau ada agenda lain datang sini." potong Changbin. Haknyeon berhenti mengunyah lalu menghela nafas.

"Macam ni kisahnya, Riz... Sekarang aku dengan abang Afiq tengah menyorok daripada Farish." Changbin mengerutkan dahi, mengapa perlu menyorok pula?

"Kenapa? Korang buat tahi lagi ke?"

"Eh, sedap je menuduh. Aku dengan abang Afiq tu dah baik hati tahu nak tolong pujuk Farish yang bodoken tu. Even abang Afiq dulu ada dendam kesumat dengan Farish, dia pun tak sampai hati tengok Farish macam on the way jadi zombie." marah Haknyeon.

"Habis tu kenapa korang nak menyorok pula?"

"Aku nak bagitahu tapi aku takut kau tak percayakan aku."

"Bila masa je abang Riz nak percayakan abang Mirza?" sampuk Chan. Changbin menyumbat sekeping biskut ke dalam mulut adiknya, sibuk saja budak kecil itu mahu menyampuk perbualan orang remaja.

"Cakap jelah apa yang jadi." desak Changbin. Sekali lagi Haknyeon menghela nafas.

"Dia ajak kitorang couple dengan dia."

Han FamilyWhere stories live. Discover now