Seratus lapan

872 140 175
                                    

"Nah, tahniah lah mengandung. Aku fikir kau dah tutup kilang tapi masih beroperasi rupanya." Jeongin tersedak kuaci mendengar kata-kata Jisoo. Berita dari ceruk hutan mana perempuan tu dapat?

"Bukan dia yang mengandung lah." kata Jennie.

"Lah, kan Halim kata Misnah ngandung."

"Mirah bukan Misnah!" marah Jeongin. Jika benar dia mengandung Seungmin pasti akan menentang habis-habisan dan tak mustahil Seungmin akan melakukan apa-apa cara untuk menghalang dirinya mendapat adik.

"Aku salah dengar lah ni? Hm, baguslah. Kalau kau yang ngandung Nah kesian anak kau nanti bukan dapat susu tapi dapat cheese sebab dah lama sangat kena tapai." ujar Jisoo selamba. Jeongin membaling penggaru badan ke kepalanya. Jennie, Chaeyoung dan Lisa menepuk tangan, masing-masing memberi markah penuh untuk balingan Jeongin tadi.

"Bagus, Nah. Aku bagi kau markah solid 10. Perfect!" ujar Lisa.

"Kau ni Timah, mulut tu cubalah cakap benda baik. Kita dah tua kang tetiba nyawa kena rentap menangis-nangis kau nak cari Misnah kat akhirat nak minta maaf." kata Chaeyoung.

"Aku gurau je." Jisoo mencebik, nak gurau pun tak boleh.

Jeongin bangun, dia membersihkan habuk-habuk yang menempel di kain.

"Aku balik dulu." katanya.

"Awal balik, baru berapa minit kita lepak." ujar Chaeyoung.

"Aku baru teringat Mahmod ada ajak aku pergi jalan-jalan petang ni."

"Dating ler tu, untunglah ada hubby sweet macam Mahmod." kata Jisoo. Jeongin ketawa sinis, dia melipatkan tangan ke dada.

"Kalau cemburu ajaklah laki kau jalan-jalan, oh lupa laki kau kan dah lama mati. Kau janda dah dekat 10 tahun. Sian, sendu."

"BODOHLAH! KASAR GILA GURAU KAU, MISNAH!"

"HAHAHA!"

Jisung mengeluh, dia memicit kepala yang berdenyut-denyut. Baru sebentar tadi dia dimarahi bos kerana kesilapan kecil.

"Banyak ke kau kena buat balik?" tanya Sangyeon.

"Hm, padahal aku silap sikit je. Orang tua boroi tu je yang melebih suruh aku betul kan itu ini."

"Nak aku tolong tak?" Hongjoong menawarkan bantuan.

Bruk!

Seseorang meletakkan beberapa buah fail di meja Hongjoong dengan kasar.

"Dollah, siapkan semua ni! Aku nak esok kau dah siap!" lelaki tua berperut boroi yang disebutkan Jisung tadi mengarah Hongjoong dengan muka bengis. Hongjoong terkesima. Ujian datang tanpa diduga.

"Cih, mentang-mentang dia bos lagak dah macam syarikat ni bapak dia punya." kutuk Sangyeon apabila bos mereka sudah pergi. Kasihan melihat Jisung yang tertekan dengan kertas-kertas kerja berselerakan atas meja

"Li, nak aku tolong tak?" tawar Sangyeon pula.

"Kau tolong Dollah je, aku cuma kena betulkan je. Dollah kena siapkan kerja orang tua tu." tolak Jisung.

Jam demi jam berlalu, Jisung menutup komputer. Kerjanya tadi sudah siap tetapi lelaki tua tadi menambah tugasan lagi. Memang celaka perangai lelaki boroi itu. Kerja dia yang tidak siap, orang bawahan pula kena buatkan.

Jisung memilih untuk menyelesaikan kerja itu di rumah sahaja. Sangyeon dan Hongjoong pun sudah lama pulang.

Klek

Pintu rumah dibuka. Jisung merebahkan badannya di sofa terlebih dahulu, mahu merehatkan badan dan juga fikiran seketika. Kepala terasa seperti hendak pecah.

Han FamilyWhere stories live. Discover now