Enam puluh lapan

1.2K 203 328
                                    

Jeongin dan Hyunjin sedang sibuk memasak bersama-sama di dapur, tak lama selepas itu Yongbok muncul dengan senyuman lebar.

"Hai, cinta. Hai, Munah. Masak apa tu?" tanya Yongbok.

"Masak ayam sambal je, bah." sahut Hyunjin. Yongbok mendekati Jeongin.

"Cintaー"

"Munah, pergi basuh sayur bayam. Aku nak masak sayur tu nanti." arah Jeongin dan langsung dipatuhi menantunya. Dia sedikit menjauhkan diri daripada Yongbok.

"Cinta..." rengek Yongbok namun Jeongin tidak menyahut. Hyunjin menghela nafas, dia merasakan ada adegan yang memualkan akan berlaku. Dah lali dia dengan perangai ayah dan ibu mentuanya ini.

"Cinta, balaslah..." Yongbok menggoncang-goncang lengan Jeongin, meminta perhatian.

"Ish, janganlah kacau! Aku tengah pegang pisau ni!" marah Jeongin. Yongbok mencebik.

"Cinta fokus sangat potong bawang tu, cinta tak pandang pun abang. Padahal abang yang suami cinta bukan bawang tu."

"Cemburu ke?" tanya Jeongin dan Yongbok mengangguk dengan penuh semangat. Dia cemburu kerana Jeongin lebih mementingkan bawang daripadanya. Yongbok bukan lagi seorang yang cemburu buta tetapi cemburu buta, pekak dan bisu. Cemburu lelaki itu boleh dikategorikan sebagai CKU alias cemburu kurang upaya.

Jeongin berhenti memotong bawang dan memusingkan badan menghadap Yongbok.

"Marah ke?" Jeongin bertanya lagi, cuba menguji tahap kemarahan si suami namun Yongbok cepat-cepat menggeleng.

"Eh tak, abang tak marah cinta. Abang marah kat bawang tu je. Berani dia buat cinta berpaling dari abang." jawab Yongbok sambil memeluk Jeongin dan menggosok-gosokkan muka di leher isterinya. Hyunjin membatalkan niat mahu membasuh sayur lalu terus berjalan keluar dari dapur.

"Aku pula yang jealous huhu abang Li cepatlah balik. Munah miss you huhu..."

"Acik Halim! Acik Halim!" Seungmin mengeluh apabila melihat Haknyeon dan Wooyoung berlari ke arahnya yang sedang duduk di tempat berehat.

"Aduh, datang pula beban-beban dunia tu kat sini." keluh Seungmin perlahan.

"Acik Halim!" panggil Haknyeon ketika mereka berdua sudah berdiri tepat di hadapan Seungmin.

"Kau nak apa?" tanya Seungmin, malas.

"Acik, kenapa Riz tak datang? Acik tahu tak hidup saya terus kelam tanpa kehadiran sang mentari. Sekarang cuma ada awan mendung je yang ada dengan saya." tanya Wooyoung. Sempat dia memanggil Changbin sebagai mentari dan Haknyeon sebagai awan mendung.

"Cih, kalau diorang mentari dengan awan mendung. Kau tu apa?" tanya Seungmin.

"Saya pelangi." jawab Wooyoung. Seungmin terdiam kerana perkataan pelangi ada dua maksud. Satu ke arah kebaikan dan satu ke arah keburukan.

"Jangan risau, acik. Dia ni memang pelangi. Buaya biseksual ni." ujar Haknyeon. Seungmin mengangguk faham, betul lah sangkaannya. Wooyoung tak pernah memilih jalan kebaikan.

"Riz tak datang sebab dia sakit perut." bohong Seungmin.

"Acik Mirah bagi dia air dedak ke, pak cik?" tanya Haknyeon. Seungmin mengangguk, biarlah Minho yang terkena tempias. Lagipun Changbin tidak datang memang disebabkan Minho yang mahu memberi pengajaran. Seungmin hanya menyokong dan ikut serta melakukan keinginan isterinya sahaja.

"Ish, kesian Riz. Acik bawalah bini acik tu berubat. Mana tahu lepas ni acik Mirah jadi lebih baik sikit." cadang Haknyeon.

"Selama ni bini aku tu jahat ke?" tanya Seungmin. Haknyeon ragu-ragu mahu menjawab, takut tersalah cakap dirinya pula yang akan terkena akibat.

Han FamilyWhere stories live. Discover now