Seratus enam belas

694 125 213
                                    

Changbin keluar dari bilik, suasana di rumah itu sepi kerana semua ahli keluarganya sudah keluar. Awalnya dia diajak keluar bersama namun ditolak dengan alasan tidak sihat. Sekotak bijirin dicapai dan dituang ke dalam mangkuk sebelum susu, dia mengerling kalendar yang ada di dinding.

Changbin hanya tersenyum kecil dan mula menikmati sarapannya pada pukul satu petang itu.

Tok! Tok!

Pintu rumah diketuk ketika dia baru selesai membasuh mangkuk dan cawan.

Klek

"Hai, Riz!" sapa Haknyeon sambil tersenyum lebar.

"Hey." Changbin membalas dengan senyuman nipis, Haknyeon menjenguk ke dalam rumah. Pelik melihat keadaan rumah itu sunyi.

"Mana yang lain?" tanya Haknyeon.

"Keluar."

"Kau tak ikut?" Haknyeon mengerutkan dahi tatkala Changbin menggeleng.

"Aku rasa macam tak sihat lah." dahi Changbin disentuh, suhunya agak panas.

"Tapi kenapa diorang still keluar? Takde siapa ke yang jaga kau? Patutnya ada yang kena jaga kau tahu. Pak cik dengan mak cik kau pun ikut sekali ke?" bertubi-tubi soalan diajukan oleh Haknyeon.

"It's okay, lah. Aku yang paksa diorang pergi, aku boleh urus diri aku sendiri. Pak su dengan mak su aku diorang ada kat rumah diorang kot. Entahlah." jawab Changbin. Haknyeon memandang wajah sahabatnya agak lama sebelum dia masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa.

"Heiー"

"Kalau macam tu aku nak teman kau kat sini, takdelah lonely sangat kau nanti." potong Haknyeon di saat Changbin ingin memarahinya. Changbin menghela nafas dan mengangguk. Kehadiran Haknyeon sekurang-kurangnya membuat hari ini tidak terlalu membosankan.

"Sayang, tak apa ke kita tak ajak Riz?" Jisung berbisik pada isterinya. Hyunjin menghela nafas, dia rasa menyesal meninggalkan anak sulungnya di rumah padahal dia tahu Changbin tidak sihat.

"Sebenarnya Munah tengah risaukan Riz tapi kita kan tengah plan sesuatu untuk dia." ujar Hyunjin.

"Apa kata kita suruh anak Murad jagakan Riz kejap?" cadang Jisung dan langsung disetujui Hyunjin. Jisung menelefon Sangyeon, rupa-rupanya Haknyeon memang sudah menemankan Changbin sejak tiga puluh minit yang lepas.

"Mirza tengah teman Riz kat rumah." beritahu Jisung barulah Hyunjin rasa sedikit lega.

"Lepas je siap semua ni kita terus balik eh bang."

Jisung mengangguk. Dia pun tidak mahu lama-lama di luar.

Di sebuah restoran, Jeongin sibuk menyuap Chan yang mengada-ngada tidak mahu makan jika tidak disuap sementara Yongbok merenung wajah Jeongin tanpa berkedip.

"Kenapa?" tanya Jeongin. Dia mengambil sehelai tisu untuk mengelap pipi Chan yang terkena kuah. Chan ketawa menonton kartun di telefon, dia tidak menghiraukan apa-apa selain kartun kesayangannya.

"Tak ada apa-apa. Cuma nak tengok muka cantik cinta je." balas Yongbok. Jeongin yang sebenarnya sudah tersipu malu mengelak dari membalas tatapan mata suaminya.

Han FamilyWhere stories live. Discover now