Tujuh puluh enam

1.1K 201 237
                                    

"Abang..." panggil Hyunjin sambil menghampiri Jisung yang baru pulang dari kerja. Dia mengambil beg kerja milik suaminya.

"Kenapa, sayang?" tanya Jisung.

"Mak dengan abah tu..."

Hyunjin seperti takut-takut untuk menceritakan apa yang terjadi di ruang tamu jadi dia menarik Jisung masuk ke dalam bilik mereka.

"Kenapa, Munah?" tanya Jisung lagi. Hyunjin menghela nafas.

"Mak dengan abah gaduh sampai tak tegur sapa dah. Munah syak diorang kena sihir lah, bang. Yelahー"

"Haip, sayang. Tak mahulah tuduh bukan-bukan." potong Jisung sambil meletakkan jari telunjuk ke bibir Hyunjin.

"Bukan nak tuduh bukan-bukan, bang. Tapi abah tu mana pernah marah mak, selalunya asyik menggedik je dengan mak." Hyunjin memberi alasan.

Jisung terdiam. Bohong kalau Yongbok tidak pernah marah pada Jeongin sepanjang Jisung membesar, tapi ayahnya sekadar marah biasa sahaja. Dia belum pernah melihat Yongbok marah sampai tidak mahu menegur Jeongin.

Hyunjin memegang lengan Jisung.

"Munah rasa kita tak boleh biar mak dengan abah macam tu." katanya. Jisung mengangguk.

"Yelah, sayang. Nanti abang bincang benda ni dengan Halim."

Selepas beberapa jam, Jisung pergi ke rumah Seungmin. Untung rumah tu cuma di sebelah rumahnya dan Jisung tak payah nak membazirkan minyak kereta.

"Assalamualaikum, Halim. Ohhh Halim." panggil Jisung. Seungmin membuka pintu.

"Waalaikumussalam, kau nak apa datang sini malam malam macam ni? Bini kau suruh kau tidur luar lagi?" tanya Seungmin. Muka Jisung menjadi masam.

"Bukan sebab tu, lahanat. Aku ada benda penting nak cakap dengan kau."

"Apa dia?"

"Kau tak nak ajak aku masuk ke? Kau nak biar aku diri kat luar macam ni je? Di mana hormat kau kepada aku sebagai seorang adik?" tanya Jisung. Seungmin memutarkan mata sebelum memberi abangnya masuk ke dalam.

"Oi, pergi buat air." Seungmin menarik telinga Minho dengan perlahan ketika wanita itu sedang leka bermain telefon.

"Ish! Nak air apa?" tanya Minho, muka jelas mahu marah.

"Airlupyu."

"Kau nak kena terajang ke?" tanya Seungmin.

"Aciee jealous, hahaha. Mirah bagi je abang air suam." Minho mengangguk dan pergi ke dapur. Seungmin duduk di hadapan Jisung.

"Benda apa yang kau nak bincang?" tanyanya.

"Kau tahu tak sekarang mak dengan abah gaduh?" tanya Jisung. Dahi Seungmin berkerut.

"Diorang gaduh sampai tak nak tegur lagi." sambung Jisung.

"Kau biar betul? Abah tak pernah macam tu."

"Munah sampai mengadu kat aku kata mak dengan abah gaduh, aku pun nampak mak dengan abah tu diam je tak berbual-bual macam selalu." kata Jisung, bersungguh-sungguh. Seungmin bersandar.

"Kenapa boleh jadi macam tu?"

"Entahlah. Masa kitorang balik dari pantai tu abah dah start berubah."

"Abah kena buatan orang kot tu. Orang zaman sekarang kan hati hitam pastu busuk." sampuk Minho yang datang membawa air untuk Jisung.

"Kau memandai je nak memfitnah orang. Hati kau sendiri dah hitam legam." balas Seungmin, Minho mendengus.

Han FamilyWhere stories live. Discover now