Enam puluh empat

1.2K 198 509
                                    

Alang-alang wattpad dah bagi sticker korang pakai lah eh sticker tu, srs aku excited gila kalau ada yang pakai sticker tu HSHSHSHS

"Kau betul-betul nak pindah ke, Lim?" soalan itu adalah hal pertama yang didengari Minho ketika dia baru keluar dari bilik.

Wanita itu menggosok mata tatkala rasa mamai masih menguasai diri. Dia duduk di sofa dan terkebil-kebil apabila semua orang di situ sedang menatapnya.

"Kenapa?" tanya Minho.

"Kata nak pindah tapi kenapa bini kau belum siap lagi?" tanya Jeongin. Minho mengerutkan dahi, dia tidak faham dengan topik yang dibahas oleh ibu mentuanya ini.

"Pindah apa ni mak?" tanya Minho. Jeongin pantas memandang Seungmin.

"Halim, kau tak bincang dulu ke dengan bini kau fasal ni?" tanya Jeongin.

"Tak." Seungmin menjawab dengan tenang, seperti tidak ada apa-apa masalah jika tidak berbincang dengan Minho terlebih dahulu. Jeongin menghela nafas, anak bongsunya sudah lama hidup tetapi otak masih belum dapat berfungsi dengan sempurna rupanya.

"Mak dengan Halim borak fasal apa ni?" tanya Minho.

"Halim kata hari ni Mirah dengan Halim dah pindah dari sini." jawab Yongbok.

"Hah?!" Minho memandang suaminya.

"Kenapa tak bincang dengan aku?!"

"Perlu ke?"

"Perlulah! Aku tak nak pindah!" bantah Minho. Seungmin menatapnya dengan tajam.

"Hei, aku dah bayar dah deposit rumah tu!"

"Aku tak peduli! Aku tak nak pindah!" Minho berlari memasuki bilik anak buahnya. Mengabaikan fakta bahawa Changbin dan Chan sedang bermain masak-masak bersama patung Barbie.

"Haish, mak su! Masuk tu janganlah mengejut!" marah Changbin, dia malu kerana kantoi bermain dengan patung kanak-kanak perempuan itu. Minho duduk di atas tilam.

"Mak su, kenapa ni?" tanya Chan, dia adalah anak saudara yang baik, bukan seperti abangnya yang suka marah-marah.

"Aku tak nak pindah." jawapan Minho membuat dua beradik itu kehairanan. Tiba-tiba sahaja mak cik mereka bercakap tentang pindah.

"Pindah?"

"Pak su korang tu! Dia kata nak pindah dari sini!" jawab Minho. Dia memandang Changbin dan Chan.

"Korang tak nak aku pindah kan? Korang sayang aku kan?" tanyanya. Sebagai seorang mak cik yang baik lagikan solehah, Minho yakin dua orang anak buahnya ini tidak mahu dia keluar dari rumah ini.

Minho dapat membayangkan Changbin dan Chan merayu-rayu kepada Seungmin agar tidak berpindah ke tempat lain.

"Ayyan nak je mak su pindah, nanti Ayyan dengan abang Riz boleh dapat bilik sendiri. Tak payah nak kongsi bilik dah." jawab Chan, menghancurkan harapan Minho. Sedangkan Changbin pula menepuk dahi. Budak kecil itu memang mencari mati. Tidak ingatkah Chan bahawa Minho itu adalah harimau bertopengkan manusia?

"Sampai hati cakap macam tu..." Minho cemberut. 

"Mak su, Rizー"

"Dahlah." wanita itu memotong ucapan Changbin dan keluar dari bilik mereka. Changbin mencubit perlahan lengan Chan kerana terlampau jujur tadi.

"Ayyan, kenapa jujur sangat jadi manusia?" marah Changbin. Chan mengangkat bahu sebelum sambung bermain, tidak mempedulikan kata-kata Changbin.

"Haih, ni mesti sebab pengaruh Fakhrul." ujar Changbin, perlahan.

Han FamilyWhere stories live. Discover now