Dua puluh enam

1.5K 203 674
                                    

Warning: Ada gula tumpah. Serius, ada scene yang buat tekak aku loya. 😭

Di sebuah pagi hari, Jeongin sedang leka menyulam sambil duduk di sebuah buaian yang ada di rumah mereka. Tiba-tiba matanya ditutup dengan sebuah tangan.

"Cuba teka ni siapa." ujar sebuah suara berat, Jeongin memutarkan mata.

Tipu kalau dia tak kenal dengan pemilik suara itu. Sudah sering matanya ditutup seperti ini.

"Razali kan ni?" Jeongin sengaja berlakon seakan tidak mengenali suara itu. Tiba-tiba Yongbok melepaskan tangannya dan Jeongin dapat melihat suaminya sedang mencebik.

"Asal?" tanya Jeongin.

"Cinta masih ingat kat Razali ke?" tanya Yongbok.

"Razali?"

"Razali Yedam tu!"

Melihat Jeongin yang kebingungan membuat Yongbok semakin mencebikkan bibir lalu dia duduk di sebelah Jeongin.

"Cinta masih ingat kenangan silam cinta dengan dia kan?" pertanyaan itu berjaya mengingatkan Jeongin bahawa sebelum mereka berkahwin Jeongin pernah bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Razali Yedam Bang.

Ya Allah, Jeongin langsung tidak ingat dengan bekas teman lelakinya itu. Dia hanya sengaja memetik nama itu tanpa alasan untuk mengelak menjawab soalan Yongbok dengan betul tadi.

"Cintaku! Cinta masih ada sayangkan Razali ke? Jujur kat abang, cintaku!!" desak Yongbok dengan mata berair. Jeongin menghela nafas.

"Mahmod, aku sebenarnya dah tak ingat dengan Razali tu. Kau sendiri yang ingatkan aku pasal dia."

"Cinta takde rasa cinta lagi kan dengan dia? Cinta takkan kembali ke dia lagi kan?" Jeongin membuat muka jijik apabila Yongbok bertanya seperti itu.

"Dei, kau fikir aku ni tak reti move on ke?"

Greb!

Yongbok memeluk Jeongin dengan erat, terkapai-kapai Jeongin cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berhasil.

"Huarghhh cintaku janji kat abang cinta jangan ingat lagi dengan mamat kerek tu hiks! Cintaku jangan lupa betapa seksanya abang nak tunggu cintaku dengan dia putus! Tiga tahun, cintaku! Tiga tahun! Hiks!"

"Yongbok, jangan peluk aku lah! Malu woi, dahlah kat tempat umum! Lepas!!!"

Hyunjin menikmati drama pagi itu dengan secawan teh, betul juga kata Kamal Kai yang drama real lagi gempak daripada drama televisyen.

"Diorang tu memang tak reti nak sweet kat tempat tertutup ke?" Minho merungut apabila dia tidak sengaja melihat adegan peluk memeluk antara Yongbok dan Jeongin. Hyunjin berdecih.

"Iri bilang, bos!" perli Hyunjin.

"Bodoh amat." balas Minho sebelum fokus menonton kartun. Jisung keluar dari bilik dan menghampiri isterinya.

"Sayang."

"Ye, bang?"

Jisung mencebik lalu menunjuk sebuah tali leher yang dipasang dengan cara yang salah.

"Sayang lupa nak ikatkan tali leher abang..." rengek Jisung, Hyunjin ketawa kecil sebelum membetulkan tali leher Jisung.

"Munah terlupa lah abang, sowwy." ujar Hyunjin sambil membuat puppy eyes. Jisung mencubit kedua-dia pipi isterinya.

"Aww, comelnya. Ni isteri siapa yang comel sangat ni?

"Isteri Rosli Jisung Han!"

"Pandainya sayang abang. Ni yang makin sayang ni!"

Han FamilyWhere stories live. Discover now