Tiga puluh satu

1.4K 219 527
                                    

Cover lawo by woobybear
Thanks sweetie ~ ♡


Jisung berjalan menuju ke kereta selepas waktu kerja telah tamat, alangkah terkejutnya dia melihat Sangyeon dan Hongjoong sedang duduk bersila beralaskan tikar mengkuang di depan keretanya.

"Oi, korang dah kenapa picnic kat depan kereta aku?" tegur Jisung.

"Alhamdulillah, akhirnya sampai pun buaya tua ni!" ujar Hongjoong, dia berdiri lalu menghampiri Jisung.

"Li, aku nak minta tolong boleh?" tanya Hongjoong. Jisung mengerutkan dahi, dia tertoleh ke arah Sangyeon yang masih duduk dan berbual dengan batu kerikil di tanah.

"Boleh, tapi aku nak tanya dulu. Orang tua tu dah kenapa?" tanya Jisung, jarinya menunjuk ke Sangyeon.

"Jangan pelik, mamat tu memang suka berbual dengan benda mati. Alhamdulillah, anak dia ada sorang ikut jejak langkah dia." jawab Hongjoong.

"Lah, anak mana yang malang dapat perangai macam tu?"

"Harith, hari tu aku masa nak ambil Fakhrul kat kedai Kamal, aku ada nampak dia tengah syok bergosip dengan bawang dan kentang." Jisung menggelengkan kepala. Malang betul, muka je tampan tapi perangai nauzubillah.

"Kau nak minta tolong apa?"

"Macam ni, Li. Tadi aku dengan Murad rancang nak beli hadiah untuk bini kitaorang. Tapi boleh pula kereta aku buat hal."

"Jadi kau nak suruh aku tumpangkan korang?"

"Hehe macam tetahu je awak ni." ujar Hongjoong gedik, bahu Jisung ditolak perlahan dengan jari telunjuk. Jisung tersenyum lalu bahu Hongjoong dicuit.

"Mestilah abang tahu, semua pasal awak abang semua dah hafal tahu." Jisung mengenyitkan mata.

"Hekhek alah malulah kita macam ni, hekhek hiok hiok..."

Sangyeon menatap dua orang lelaki dewasa yang saling menolak-nolak bahu itu dengan tatapan datar. Dia mendekatkan mulut sebuah batu yang menjadi teman berbualnya tadi.

"Nyah, kau jangan jadi macam tu nyah. Dahlah tua pastu belok pula tu. Haih malu aku jadi member diorang, nyah." bisik Sangyeon. Dia lantas berdiri lalu menepuk kepala Jisung dan Hongjoong dengan kuat.

Buk

Buk

"Aduh! Sakitlah, setan!" marah Jisung.

"Jangan nak mengunyit depan aku!" marah Sangyeon. Hongjoong tersenyum senget, jari telunjuknya mengelus manja bahu Sangyeon.

"Alah, cakap jelah kau jealous. Sokey sokey abang boleh je sweet dengan kamu, zeyenk..."

Sangyeon tersenyum.

Buk!

Dia menendang bontot Hongjoong sehingga jatuh ke tanah dan memijak lelaki itu berkali-kali.

"INSAF BODOH INSAF! KAU TU DAH TUA, GILA! AKU JIJIK SAMA KAMU, MISKA! JIJIK! JIJIK! JIJIK!"

"AKH SAKIT BELAKANG AKU, GILA!"

"YA ALLAH, MURAD! BAGUS RAD BAGUS, MEH AKU RAKAM KORANG BIAR VIRAL!" Jisung mengeluarkan telefon dan merakam aksi bahaya itu.

"TOLONGLAH AKU, LI! OH GOD, TOLONG JANGAN RAKAM!" teriakan Hongjoong meminta tolong diabaikan begitu sahaja.

Itulah akibat jadi buaya versi kunyit.

"Lama lagi ke, kak?" tanya Minho sebelum memuncungkan bibir, dia menolak troli dengan tidak ikhlas. Sekilas dia menjeling Sunwoo yang tenang berjalan di sebelah Hyunjin sambil meminum jus pear.

Han FamilyWhere stories live. Discover now