Seratus empat

1K 158 188
                                    

"Apa benda ni bersepah-sepah? Dah reti main tu kemas lah balik! Asyik aku je yang kena kemas! Fikir aku ni bibik kau ke?!" Minho bercekak pinggang memarahi anak-anaknya yang sedang berlarian di halaman rumah.

"Engkau pun satu, anak-anak pungut kau tu binatang yang kau pergi belikan set Lego dah kenapa? Kau fikir kucing dengan mengkarung tu reti nak buat kereta Myvi pakai Lego?" tanya Seungmin. Selalu juga dia terlepas makian apabila terpijak bongkah-bongkah Lego yang berselerakan di lantai.

"Dori!" wanita itu menangkap kucing termuda di rumah itu lalu mengutip permainan tersebut menggunakan kaki kucing itu.

"Ni dah termasuk kes penderaan haiwan peliharaan tahu." ujar Seungmin.

"Diam, kau bukan nak tolong aku!"

"Rilek lah, takyah marah-marah." kata Seungmin, dia mengambil sekeping sandwic yang Minho buat sebagai sarapan.

"Halim!"

"Apa?"

Minho berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki ke arah Seungmin.

"Kenapa tak gosok baju?" tanya Minho.

"Lah, kenapa? Baju ni bukan jenis yang kena gosok pun." balas Seungmin. Minho menggeleng.

"Tak boleh tak boleh, tukar baju lain."

"Kau nak aku pakai baju apa? Kemeja dengan tie? Aku ni kerja pekebun sekolah je bukan CEO megah holding. Dahlah aku nak pergi kerja. Cepat salam." Seungmin menghulurkan tangan. Minho menjeling suaminya dulu sebelum menyalam tangan Seungmin dengan tidak ikhlas.

"Jangan buat hal, aku tak nak masa aku balik nanti kak Munah mengadu mengkarung pungut kau pergi masuk baju Rosli lagi."

"Yelah! Yelah! Pergi jelah kerja!"

"Eh menghalau aku pula!"

"Memang!"

"Cih! Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!"

Blam!

Minho menghempas pintu. Seungmin berdecit lagi.

"Tak guna punya bini. Nasib baik aku ada Dayang. Oh Dayang, I love you baby! Muah muah muah!"

"Harith, seriuslah kau sanggup denda kembar merangkap member sebuaya kau sendiri?" tanya Hyungseo.

"Memang sanggup, sebuaya-buaya aku pun aku tetap pengawas. Kau tu kenapa datang lambat?" tanya Juyeon balik.

"Syahmi, dia punca. Disebabkan dia nak cari stokin Ironman dia aku datang lambat. Dia paksa aku tunggu dia." jawab Hyungseo.

"Hei, mana boleh pakai stokin tu! Kan kena pakai stokin sekolah!" marah Juyeon. Chanhee mengajuk kata-kata Juyeon perlahan. Acah berdisiplin konon.

"Stokin sekolah aku basah, takkan aku nak pakai. Berkurap kaki gojes aku." ujar Chanhee.

"Buka stokin kau."

"Hah?! Gila ke?!" marah Chanhee. Dia tak suka pakai kasut tanpa stokin. Ibarat pakai seluar tapi tak pakai boxer.

"Buka aku kata!"

"Harith, tahan dia!" jerit seorang pengawas. Juyeon tangkas menahan pelajar yang mahu melarikan diri.

"Kau nak lari pun tak guna, Khairul. Aku kenal beg kau." ujar Juyeon. Yunho mengeluh. Tak tahu pula Juyeon sedang mendenda Hyungseo dan Chanhee di padang. Sia-sia je dia memanjat pagar belakang sekolah.

"Peliklah, asal yang datang lambat semua kawan kau?" tanya pengawas yang tadi menjerit.

"Aku tak berkawan dengan manusia negatif macam ni."

Han FamilyWhere stories live. Discover now