Lima puluh enam

1.3K 213 657
                                    

"Mamak, roti canai tiga dengan air teh tarik buih tiga meter satu!" pesan Juyeon. Dia tersengih-sengih sambil berbalas mesej dengan seseorang. Lelaki itu tidak sedar kemunculan sosok hitam beraura negatif sudah muncul di belakangnya.

Buk!

"Aduh! Kau pehal pukul kepala aku pakai selipar jamban kau?!" marah Juyeon. Doyeon duduk di hadapannya.

"Hei manusia jahil, kau bagi nasi kangkang kan kat Diana." Adriana Doyeon adalah definisi sebenar manusia yang tidak suka berbasa-basi. Juyeon menjegilkan mata.

"Hei manusia goblok, muka aku ni suci murni kau tuduh macam tu?! Tak nampak ke cahaya imam masjid kat muka aku ni?"

"Suci murni your ass lah!" marah Doyeon. Dia menundingkan jari ke arah Juyeon dan menyipitkan mata.

"Cakap dengan aku, pehal Diana nak dengan kau sekarang?"

"Dah jodoh, nak buat macam mana?"

"Rith, dari tadi aku tahan nak maki kau. Jangan sampai terlepas ni tahu, kalau dah terlepas takde dah nak break break lagi ni." ujar Doyeon.

"Cih, yang kau ni pesal? Dulu bukan kemain sokong aku nak pisahkan diorang. Ke sebenarnya kau diam-diam syok dekat aku?" tuduh Juyeon, Doyeon menghempas meja makan.

Blam!

"KEPALA ANAK DOG LAH KAU, AKU CANTIK BAK PERI KAYANGAN TAK INGINLAH DENGAN KAU NI SEー"

"Rith, makan mamak tak ajak pun!"

"ーTAN. Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, ya habibi." Doyeon memberi salam kepada Jaehyun yang datang secara tiba-tiba itu.

"Waalaikumussalam." Jaehyun kelihatan terkejut melihat Doyeon turut ada di situ.

"Eh ada Ad rupanya. Sorry lah kalau kacau korang dating."

"Whatthefuー hejsjjsjs." belum sempat habis makian itu Doyeon sudah menutup mulut sendiri. Dia tidak boleh menunjukkan sisi jahilnya kepada Jaehyun.

"Takde maknanya kitorang dating. Perempuan ni sibuk kacau aku." jawab Juyeon.

"Er... abang Uwais tak nak makan sekali? Nak saya tolong pesankan abang air mellow? Petang-petang macam ni sedap kalau minum air mellow." tanya Doyeon, lemah lembut. Suara itu berjaya membuat Juyeon yang sedang minum teh tarik tersembur ke muka Doyeon.

Doyeon tersenyum dengan penuh kesabaran. Untung ada Jaehyun disitu, kalau tidak Doyeon akan pastikan nama Juyeon akan ditambah perkataan arwah esok pagi.

"Er..." Jaehyun memberi tisu kepada Doyeon sebelum menjawab pertanyaan yang belum sempat dijawab tadi.

"Takpe lah, aku pun ada hal sebenarnya ni. Aku gerak dululah." dia pamit dan pergi dari situ.

Doyeon menatap tisu itu dengan mata bersinar-sinar.

"Oh my God... Tisu ni adalah saksi yang abang Uwais sebenarnya suka aku. Mak... nak pinang bang Uwais hiks Ad dah rasa jodoh kitorang kuat ni mak." ujarnya. Juyeon menatapnya dengan wajah jijik.

"Abang Uwais tak sesuai dengan kau, sedar diri."

"Diana tak sesuai dengan kau, sedar diri."

"Cari gaduh?'

"Aku tak ada masa nak melayan kau, aku nak bla." Doyeon berdiri. Sebelum pergi, dia tersenyum.

"Aku lupa sesuatu..."

Byurh!

"Bye, lubang bontot." ujar Doyeon selepas menyiram lelaki itu dengan teh tarik. Dia melangkahkan kaki untuk meninggalkan Juyeon tetapi jeritan lelaki itu berjaya membuat kemarahannya mencapai batas.

Han FamilyWhere stories live. Discover now