Empat puluh sembilan

1.4K 194 824
                                    

"Err kenapa Riz datang sini?"

"Riz tak boleh lawat atuk ke?" tanya Changbin semula, Yongbok menggaru kepala kerana dia takut untuk menjawab dengan jujur.

Hongjoong memutarkan mata.

"Boleh tu boleh, tapi kenapa kau angkut semua member member kau ke sini? Kau fikir ada party ke kat dalam wad ni?" Hongjoong tolong menyuarakan isi hati Yongbok. Sudah padat bilik mereka dengan kawan-kawan Changbin yang terdiri daripada anak Hongjoong dan juga anak kawan-kawannya sendiri.

"Alah pak cik, syukurlah sikit kitorang dah berbaik hati nak ziarah pak cik. Kalau bukan kami siapa lagi yang nak ziarah pak cik ni?" balas Chanhee sambil mengupas kulit epal untuk Hongjoong dan Yongbok.

"Tulah, bini pak cik pun tengah syok bershopping dengan member dia." sokong Hyungseo.

"Walid duduk sini jangan nak pandang nurse cantik je memanjang, umi tu walaupun tak ada kat sini tapi umi ada hidden power tahu untuk detect walid berbuaya ke tak." pesan Mingi. Jaehyun membuat muka toya.

"Raz, ni cermin. Dipersilakan untuk mencermin diri anda. I don't like lah kau cakap macam tak pernah bercermin." katanya, sebuah cermin bercorak beruang madu diserahkan kepada Mingi.

"Dia cuma nak nasihat bapak dia je. Janganlah cakap macam tu kat dia, kesian dia." marah Juyeon.

"Hiks abang Harith..." Mingi menekup mulut, dia terharu apabila Juyeon berani bersuara semata-mata ingin membelanya.

"Eleh, abang Harith jangan nak bela abang Harraz sangatlah. Naufal tahu abang Harith tu sama je perangai macam abang Harraz. Dasar buaya kurang kasih sayang." balas Youngjae.

"Wei, asal aku terasa eh?" tanya Wooyoung sambil memegang dada.

"Memang patut pun kau terasa. Kau tu lagi teruk daripada diorang, kau tu buaya biseksual." jawab Changmin. Wooyoung memuncungkan bibir.

Klek

Yeosang memasuki wad ayahnya, dia berkerut melihat semua rakan serta adik beradiknya ada disitu.

"Oi, kau pikir ni kenduri arwah ke nak ramai-ramai kat sini?" tanya Yeosang membuat Yongbok tersedak epal.

"Ish, abang Farish ni. Cubalah cakap kenduri tahlil kan lagi elok." marah Chan. Namun kata-kata itu sebenarnya tidak berbeza dengan kata Yeosang sebelum ini.

Yeosang memutarkan mata sebelum mendekati Haknyeon yang sedang menikmati buah-buahan yang dibawa Changbin sebagai buah tangan.

"Mirza, kau pergi jaga pintu masuk." bisiknya ke telinga Haknyeon.

"Asal?" tanya Haknyeon.

"Perempuan gila tu on the way ke sini." bisik Yeosang lagi. Haknyeon memasang muka bingung dan itu membuatkan Yeosang menghela nafas, cuba bersabar dengan manusia jelmaan badak dan berotak kuman itu.

"Ad, dia ada kat luar."

"Dah tu kenapa suruh aku?"

"Kau nak McD tak?"

Haknyeon berlari keluar untuk menjaga pintu sementara yang lain terkebil-kebil melihat lelaki itu tiba-tiba berlari. San menyepetkan mata.

"Kau bisik apa kat dia?" tanya San.

"Kenapa nak tahu?" Yeosang membalas pertanyaan itu dengan sebuah pertanyaan, San masih menyepetkan mata, dia perlahan-lahan mundur dan keluar dari situ untuk mencari Haknyeon. San pasti bahawa Yeosang telah menjanjikan habuan berupa makanan agar Haknyeon melakukan sesuatu.

"Tu kenapa tu?" tanya Hongjoong selepas memerhatikan perangai pelik San tadi.

"Tak cukup perhatian memang macam tu, walid." jawab Jongho.

Han FamilyWhere stories live. Discover now