Prolog

24.3K 835 11
                                    

Tangannya yang tangkas berlawan dengan musuh. Tumbukan demi tumbukan dan diselang-seli dengan sepakan darinya. Tangkas tubuhnya yang mengelak dari serangan musuh. Pistol yang terselit dipinggang sudah dicapai lalu beberapa butir peluru sudah tepat mengenai dahi musuh.

Rambutnya yang basah diselakkan keatas. Bandana headband dikepalanya ditanggalkan. Peluh dilap dan kakinya melangkah keluar.

Walaupun keadaannya yang luka dan cedera tidak dipeduli, malahan dia masih mampu melawan. Baginya, kalau bukan disebabkan kerjayanya pasti dia sudah bebas dari segala masalah ini. Namun, makin hari makin ramai yang cuba berani menyerangnya.

Zas !

Sekelip mata sahaja dahinya berdarah. Dia telah ditendang dari belakang. Tangannya baru sahaja ingin mencapai pistol, sepantas kilat musuhnya memijak tangannya. Pistolnya disepak jauh.

Dia cuba mencari benda yang telah mencederakan dahinya. Seorang lelaki yang berkulit gelap telah memegang kemas pedang samurai.

Dia mula menguntum senyuman sinis. Keadaan itu tidak mengentarkan langsung dirinya.

" Kau senyum kenapa bodohh ?!! " Lelaki berkulit gelap itu mula ketakutan kerana dia tahu, lelaki yang dia tengah pijak ini adalah mafia yang paling handal dan licik !

" Aku suka, tengok kau pegang pedang tu.." tangan kirinya mencengkam pergelangan kaki lelaki kulit gelap itu lalu dipusingkan dengan pantas. Sekelip mata sahaja, dia terlepas dari pegangan musuh !

Lelaki kulit gelap itu terjatuh, pedangnya yang tercampak lalu diambil oleh Tuan Muda.

Tuan Muda melihat segenap inci pedang samurai itu.

" Pegang dia ! " arah Tuan Muda setelah anak-anak buahnya muncul.

Tahulah dia bahawa anak-anak buahnya sudah mengalahkan konco-konco Kidal !

" Kau yang buat kecoh kat tempat aku..kau juga yang cuba bunuh kakak-kakak akukan ?! " Kidal memandang geram Tuan Muda yang menyentuh kulitkan menggunakan pedang samurainya.

Tuan Muda sememangnya baran itu bertambah berang apabila orang-orang yang dia sayang disentuh oleh tangan kotor !

" Tui ! " Kidal meludah. Pipinya terasa bengkak akibat tumbukan dari Tuan Muda.

" Hahahahaha..eh Tuan !! Bos aku tak bodohlah nak biarkan kau bahagia !! Kau ingat dia kesah ke dengan amaran kau ?!! Janji kau menderita lah tuan ! " Kidal orang suruhan Shaz yang cuba untuk menghapuskan keluarga Tuan Muda.

" Aku tahu bos kesayangan kau tak bodoh..tapi dari sini dia nampak bodoh sebab hantar orang lemah macam kau lawan dengan aku !! " Leher Kidal dikelar dengan begitu pantas. Kidal mengeletar saat urat saratnya terputus.

Tidak cukup dengan itu, Tuan Muda menikam berkali-kali pada perut Kidal. Kejam, sangat kejam !

Tuan Muda yang terkenal dengan sifat bengis dan kejam dikalangan mafia-mafia. Dia juga sangat handal dan licik mengatur strategi terhadap serangan musuh. Badannya yang tegap, ketinggian serta perwatakannya mampu mengentarkan pihak lawan. Puas hatinya setelah dapat membunuh Kidal.

" Settlekan semuanya, aku nak mayat dia ni campak kat depan rumah bos dia ! " Tuan Muda melangkah pergi meninggalkan anak-anak buahnya untuk menguruskan tempat yang penuh dengan darah !

Silap besar siapa yang menganggu hidupnya. Keluarganya juga !

Sampai ke lubang cacing dia akan mencari orang yang menganggu hidupnya.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now