BAB 29

7.3K 511 19
                                    

Leo, Kitten, Mimo dan Nuna saling berpandangan sesama sendiri. Muka pucat Azka yang sungul dan kepenatan diperhatikan.

" Asal ni Azka? " Azka melelapkan mata. Dia membaringkan diri dia diatas kusyen empuk diruang tamu rumahnya. Soalan dari Leo dibiarkan tanpa dijawab.

" Azka! Kau kenapa? Nak kata pergi outstation, tak adalah pulak. Kau salah makan eh? " Mimo pula bertanya.

" Hmm.." Jawab Azka malas.

" Siapa bagi kau makan? Setahu aku kat tak suka makan makanan luar. " Kitten pula mencelah.

Leo bangun dan berlalu kedapur. Dia mahu membasahkan tekak. Peti ais Azka dibuka dan sekotak air dutch lady strawberry dicapai.

Dia memang meminta Azka untuk menyediakan air kotak ini khas untuk dia. Setiap kali datang kerumah Azka, itu sahajalah yang dia akan minum.

Dia menyedut perlahan air kotak itu. Matanya jatuh pada apron yang dibentangkan diatas meja.

Baru sahaja dia ingin menutup peti ais, matanya perasan akan kuah putih didalam peti ais. Carbonara?

Lantas dia melangkah laju menuju ke Azka.

" Kau makan spagetti Azka?! " Dengar sahaja spagetti semua mata menoleh kearah Azka yang masih memejamkan mata.

" Apa?! Spagetti?! Patutlah lembik macam ni, jom ke hospital! " Kitten menarik Azka.

Azka merentap tangannya. Dan dia memandang tajam satu persatu wajah dihadapannya.

" Aku tak ada apa-apa! Bukan hari aku kena, dari semalam. " Jawab Azka dengan suara keras.

Semua orang tahu, Azka alahan pada cheese. Walaupun secubit cheese yang dimakan, dia akan mengalami muntah dan sakit perut. Inikan pula dua keping si Zahra tu bubuh dalam kuah. Memang teruklah Azka.

" Siapa yang bagi kau makan spagetti? " Nuna pula mencelah.

Mualnya kembali. Perutnya juga mula memproses. Azka berlalu kebilik air.

" Teruk dah tu..banyak sangat ke orang tu taruk cheese dalam kuah tu? " Mimo berdecit perlahan.

" Dah Tuan punya badan tak nak kehospital. Nak cakap apa lagi? " Kitten memeluk tubuhnya.

Azka kembali semula ke ruang tamu. Sampai sahaja diruang tamu dia melabuhkan punggung.

" Korang balik dulu, kita discuss pasal Tuan Ghani nanti-nanti. " Jawab Azka lemah.

" Mana Zahra? Lama tak nampak dia. " Kitten merenung Azka.

" Ada kat dalam bilik. Dia tengah tidur. Selama aku muntah, sakit dia yang jaga. " Jawab Azka selamba.

" Kesian Zahra..mesti dia turun naik, turun naik. Dahlah bilik kat atas tu khas untuk bilik kau je. " Kitten jatuh simpati dengan Zahra.

" Dia ada dalam bilik aku. Dia tidur kat situ. " Jawab Azka yang sedang memejamkan mata.

Yang mereka ini pula sudah terlopong. Azka yang kelihatan selamba itu menambahkan lagi rasa terkejut mereka.

Leo tak jadi nak makan keropok bika. Disebabkan terkejut dengan jawapan Azka.

Setahu mereka, Azka tak akan bagi sesiapa masuk kedalam bilik tidurnya melainkan Leo dan kakak-kakaknya.

Itupun mereka sangat jarang datang kesini. Selalunya Azka yang minta untuk berkumpul di Bryans Resedensi.

Ini Zahra yang tiada apa-apa hanyalah sebagai pekerja Azka, boleh landing boek punya atas katil empuk Azka. Wow!

" Yang korang terdiam ni kenapa? " Azka mengerutkan kening.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now