BAB 28

7.3K 520 33
                                    

Zahra hanya menadah telinganya ditelefon mendengar bebelan maknya. Lagi sekali dia dimarahi. Kenapa entah dengan hari ini semua orang menyalahkan dia.

Selepas panggilan ditamatkan Zahra merenung dirinya dihadapan cermin. Dia mengeluh perlahan.

Sampai sahaja dirumah Azka, Azka masuk tanpa berpaling kearahnya. Tanpa bercakap atau apa-apa.

Dia pula membawa langkah masuk kedalam bilik yang selalu dia gunakan.

Selesai membersihkan diri, Zahra mengikat rambutnya ekor kuda. Make up tidak dikenakan. Dia mengenakan t-shirt putih dan seluar palazo hitam.

Dia tidak perlu make up kerana Azka sudah melihat wajah aslinya. Dia menjadi normal.

Dia keluar dan menjalankan tugas sebagai pembantu rumah. Rumah Azka dilap. Dari tingkat bawah naik ketingkat atas.

Hampir 2 jam sahaja mengemas rumah Azka. Kini dia kembali kedapur. Hari mulai mengelap. Jam menunjukkan pukul 7.30 petang.

Sehingga sekarang batang hidung Azka tidak dilihat. Lincah tangannya memasak spagetti cabonara.

Dia menutup api lalu naik ketingkat atas. Tiba dihadapan pintu bilik Azka, Zahra mengetuk pintu itu.

Namun tiada sebarang sahutan. Lagi sekali dia mengetuk pintu bilik itu.

Klak!

Tersengul wajah Azka yang memandangnya tajam.

" Apa? " Zahra tersenyum.

" Jom makan nak? Saya ada masak spagetti untuk Tuan. " Zahra yang mengenakan apron dipandang malas. Dia menutup pintu tanpa berkata apa pun.

Mati sengihan Zahra. Zahra mengenggam penumbuk. Dia menghentak-hentak kakinya dihadapan bilik Azka.

" Ish! Buang masa aku je datang pujuk dia!" Zahra melangkah kedapur.

Dari dalam bilik Azka yang bersandar dipintu tersenyum mendengar perkataan pujuk.

****
" Ish! Entah apa yang dia nak marah sangat entah? Nak kata aku pecahkan pinggan dia, sepanjang aku kerja kat sini, sudu pun tak pernah jatuh, inikan pulak pinggan. " Bebel Zahra.

" Muka tu kalau ada pertandingan muka siapa paling ketat, confirm dia yang menang. Dahlah marah orang suka hati je..lepas tu orang pujuk tak nak pulak tu." Zahra memalingkan badannya.

Hampir terlepas mangkuk yang dibawanya apabila melihat Azka yang memeluk tubuh merenungnya tajam.

Perlahan Azka mendekati Zahra. Makin lama makin kehadapan. Zahra pula makin lama makin kebelakang. Sehinggalah badannya tidak lagi boleh kebelakang.

Dia bersandar pada dinding dan kedua-dua tangan Azka mengunci kiri dan kanan.

Wajah dingin Azka sangat hampir dengan wajahnya.

Mata bulat Zahra menjadi tatapan Azka. Zahra meneguk air liur. Sungguh lemahlah dia untuk terus direnung macam tu.

Wangian Azka semerbak. Azka merenung wajah Zahra yang mula naik merah.

" Aku dengar semuanya tadi.  Kau kutuk aku? Kau tahu aku ni siapa? " Mendatar. Tidak seperti tadi.

" Err..Tuan kat situ dah berapa lama? " Zahra berani bersuara.

" 10 minit! " Azka berdiri tegak dihadapan Zahra.

" Mana spagetti kau? " Zahra mengawal perasaannya.

" Taraaa..." Zahra meletakkan mangkuk kuah putihnya dihadapan Azka.

Sikit pun Azka tak melayan. Dia mencapai sudu dan garfu sementara menunggu Zahra menuangkan kuah putih kedalam spagettinya.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now