BAB 83

8.6K 501 24
                                    

Majlis Nuna sudah pun berjalan dengan lancar. Jelas riak kesemua ahli Mation gembira saksikan Tuan Muda mereka kembali seperti biasa. Auntie Jo masih sama. Dia masih lagi tidak dapat menerima yang Azka adalah presiden Mation.

Zahra melambaikan tangan pada Nuna yang duduk manis disebelah Danish. Apa yang nak dimalukan, sebab mereka semua sudah pun biasa dengan keadaan seperti ini.

" Tuan Muda! " Tunduk salah seorang ahli Hayders apabila melihat kelibat Azka.

Para gadis yang masih lagi bujang berbisik sesama mereka melihat gerangan lelaki yang tinggi bertubuhkan sasa mengenakan suit hitam dan dipoketnya terselit sekuntum ros.

Rambut yang panjang sudah dipotong seperti biasa, mengenakan headband hitam terikat kemas diantara dahi dan anak rambut.

Disamping kanannya pula Leo tersengih lebar apabila beberapa pasang mata menoleh kearahnya. Macam biasa, Leo juga berpakaian seperti Azka cuma dia memilih warna dark blue.

Dibelakang Azka dan Leo berdiri gagahnya dua orang lelaki dibawah Mation. Ayyan dan Shah yang sedang menguyah chew gam mengeyitkan mata kearah gadis-gadis yang terlopong melihat mereka.

Semua mata tertumpu pada wajah beku Azka yang selamba badak naik ke pentas. Tak lepas mata mereka melihat Azka yang kacak dan bergaya.

" Terima kasih aku ucapkan pada yang datang majlis wedding Afra dan Danish. Congrats Twinnie. Hope jadi wife yang berguna untuk Dani dan Dani aku ucapkan congrats!  Please take care of her and don't ever hurt her. Remember, these are my twins. She's sick, I'm sick too. " Ucap Azka dan berlalu mendekati Nuna dan Danish. Mereka bertiga sama-sama memeluk tubuh tinggi itu.

Luna, Kitten dan Mimo turut naik keatas pentas, mereka juga sama-sama mendakap tubuh adik-adiknya.

Zahra yang menyaksikan itu terharu. Kesian mereka, sekurang-kurangnya dia masih ada mak walaupun tiada abah. Bryans? Yatim piatu.

Leo pun terasa sebak melihatkan itu. Iya! Sudah 27 tahun dia dengan Azka membesar bersama. Azkalah abang dia, Azkalah kawan rapat dia. Keluarga Bryans sangat mulia orangnya. Tapi sayang Tuan Bryans tak panjang umur.

Azka tersenyum nipis lalu mendekati Zahra. Wajah manis itu membuatkan dia makin hari makin sayang. Haihlah jiwah!

" Tuan tak sedih ke tengok diorang? " Mata Zahra masih tidak lepas melihat kebahagiaan Luna, Kitten, Mimo dan Nuna.

" Sedih? Sikit pun tak! " Zahra merenung pemilik suara garau itu. Handsome weh! Baju kemeja putih yang dibiarkan tanpa berbutang dibahagian atas menampakkan leher dan sebahagian dada Azka. Dan ya, Azka masih lagi memakai rantai bulan sabit berwarna hitam.

" Kenapa pulak? "

" Sebab aku bahagia tengok diorang semua jumpa kebahagiaan diorang. "

Zahra tersentuh mendengarkan itu.

" Tuan Bryans, bapak aku. Dia suruh aku jaga kakak-kakak aku sampai diorang sendiri jumpa kebahagiaan mereka. " Azka menarik nafas. Matanya merenung kearah keluarga besar mereka.

" Kalau mama dan papa ada, mesti diorang antara orang yang paling seronok bila tengok kitaorang membesar. Tapi itulah, umur mereka tak panjang. " Zahra sebak! Azka ceritakan tentang arwah mama dan papa dia.

" Aku tak bahagia pun tak apa Zahra, tapi diorang tu semua berhak dapat kebahagiaan. " Jari Azka menuding kearah Leo, Ayyan, Danish, Shah dan adik beradik Bryans serta abang-abang iparnya.

" Aku sayang diorang lebih dari diri aku sendiri. Aku tak minta banyak, aku minta diorang tu semua kecapi bahagia seperti mana manusia-manusia normal macam yang lain. Duduk dekat bawah keluarga ni, nyawa kau macam layang-layang. Selagi mana tali itu kukuh dan kuat, selagi itu layang-layang itu tetap berada disitu, tapi bila mana tali layang-layang itu putus, percayalah cakap aku, layang-layang tu tak akan kembali pada pemiliknya. "

Zahra mendiamkan diri dan mendengar setiap luahan isi hati Azka.

" Sebab itu nak jadi orang besar dalam keluarga ni, kentalkan hati. Sebab tu aku cakap dekat kau,  aku tak janji untuk jadi lelaki yang baik dan aku tak janji untuk selalu ada dengan kau, tapi aku janji yang kita tetap bersama. "

" Maafkan aku Zahra sebab libatkan kau dalam kehidupan kitaorang seperti layang-layang. Kami tak macam apa yang kau sangkakan. " Ucap Azka.

" Tuan.." Zahra menarik Azka untuk menghadapnya.

" Saya tak minta untuk Tuan jadi sempurna dimata saya, tapi saya minta untuk Tuan cintakan saya sampai saya menutupkan mata buat selamanya. "

Mulanya muka Azka mendatar, tapi bila sahaja Zahra tersenyum, bibir lelaki itu juga menarik senyum lebar sehingga menampakkan lekuk dikiri dan kanan lelaki itu.

" I will love you for hundred time plus hundred time plus hundred time and no one can calculated how much my one hundred times. And for along one hundred times, I love you baby."  Ucap Azka romantis ditelinga Zahra.

****
Trt! Trt! Trt!

Mata cantik itu memfokuskan pada gerakan mesin jahit. Baju yang direka dan dijahitkan sendiri. Siapa je yang tak excited nak siapkan baju wedding sendiri? Nak-nak memang kepakaran dia dalam designer.

Baju gaun yang bertemakan hitam. Kalau dah nama pun Tuan Muda, memang serba serbi hitam.

Majlis malam reception mereka adalah pilihan warna dari Azka. Zahra setuju sahaja dengan pilihan Azka. Dia faham memandangkan status Azka sebenarnya siapa.

Syaf mendekati kakaknya. Anaknya sudah pun lena diulit mimpi. Suaminya juga.

" Dah nak siap ke gaun kau? " Syaf membelek gaun Zahra.

" Hampir. Esok baru aku sambung. " Ujar Zahra sambil mengemaskan alatan menjahitnya.

" Tak sangka jodoh kau kuat dengan Tuan. " Syaf menepuk bahu kakaknya.

" Aku pun tak sangka. Ingatkan Tuan masih cintakan Ain. "

" Sebut pasal Ain ni, apa jadi dekat dia? Mana dia sekarang? "

Zahra pun baru terfikir. Haah!

" Entah, aku pun tak tahu Syaf, Ami tak ada pulak cerita pasal Ain..Tuan lagilah tak ada cakap apa-apa. "

Baru terlintas difikirannya fasal Ain. Sudah lama rasanya dia tidak mendengar khabar tentang Ain. Sihatkah kawannya itu? Mana dia duduk?

" Tak pelik pun, sebab dia memang tiba-tiba muncul. Berapa lama menghilang tiba-tiba muncul. Spesies chipsmore Ain tu. " Selamba sahaja Syaf berkata.

****
Dia merenung jauh anak matanya. Dia memerah kain dan menyapu lengannya yang berdarah. Kalau Zahra tahu ni, mesti minah tu pokpek pokpek dekat dia.

Dia mengeluh halus. Untuk jauhkan diri dari dunia ini sangatlah mustahil untuk dia berhenti dari membunuh orang.

Azka terfikie sejenak. Dia bunuh bukan orang yang baik, tapi dia bunuh orang yang jahat.

" Benda boleh berubah perlahan-lahan.. "

Iye! Itu janji Zahra dan dia dihadapan Bridge Tower. Mereka nak berubah. Tapi dia sukakan kerja ini. Dia sudah terbiasa.

" Hoi! " Leo menjerkah Azka. Mata tajam Azka menikam wajah Leo.

" Okay, okay..sorry! Kau termenung apa? Fikirkan jumlah puasa yang kau kena gantikan ke? " Leo membaringkan tubuhnya diatas katil empuk.

Azka mendiamkan diri. Tangannya lincah membalut luka.

" Aku tahu kau fikir apa. Come on Azka, benda kita boleh slow-slow changing the situation. "

" Macam mana nak berubah? Sekarang ni pun, ada lagi yang nak serang Mation. Kau cakap, macam mana aku nak berubah? Lagipun, kerja yang memang dari kecil lagi aku praktik kan dalam hidup aku. " Jawab Azka.

" Aku pun tak boleh nak cakap banyak, yang nak uruskan rumah tangga nanti kau. Yang nak bimbing Zahra kau. So, ikut kaulah. Aku tahu, kau boleh berubah cuma kau masih lagi tak serumah dengan Zahra, tak sebilik dengan Zahra. Nanti kau dah kahwin, mesti kau akan berubah. " Ujar Leo sambil menepuk bahu Azka.

Azka terdiam memikirkan apa yang Leo katakan. Ya! Mungkin dengan Zahra dia boleh lagi untuk tahan diri daripada membunuh. Zahra mampu cairkan dan lembutkan hati keras dia.





Hai kesayangan Qay, sorry lmbt post, hari ni bru ada kesempatan nak post..bru hbis paper..jgn lupa vote dan comment!!

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now