BAB 37

7.6K 498 106
                                    

Azka tersedar apabila mendengar Zahra menjerit-jerit. Dia segera berlari kedalam bilik untuk melihat Zahra.

Zahra menangis sambil tangannya tergapai-gapai. Rambutnya yang kusut itu menutupi wajahnya.

Azka segera menarik Zahra kedalam dakapannya.

" Lepaskan aku!! Tolong!! " jerit Zahra. Dia menolak-nolak dada bidang Azka.

" Hey, Zahra..Zahra ni aku..aku ni Zahra.." Zahra meraung lagi.

" Zahra, it's me Zahra. Tuan kau. I'm not gonna hurt you..it's me Zahra. " Ucap Azka lembut.

Zahra memeluk Azka erat. Dia menekup mukanya didada Azka. Dia menangis. Dia takut!

Azka menggosok belakang Zahra perlahan. Dia tahu Zahra trauma dengan apa yang terjadi. Hampir dirogol.

" Kenapa Tuan lambat? Saya takut..dia nak rogol saya Tuan.." Mendayu-dayu suara Zahra disebalik dada Azka.

" Aku minta maaf sebab lambat Zahra. Aku minta maaf tau.." Azka mengeratkan lagi pelukannya.

" Saya...takut. " Azka mencium lembut kepala Zahra. Dia tahu Zahra masih lagi rasa situasi seperti itu.

" Selagi mana kau dengan aku Zahra, kau akan selamat. Aku akan pastikan yang kau akan selamat walaupun nyawa aku yang melayang. " Ucap Azka romantis.

' Sebab aku sayang kau Zahra. ' sambungnya didalam hati.

Azka memeluk Zahra sehingga Zahra terlelap. Dia meninjau muka Zahra. Merah muka Zahra akibat menangis.

Dia membaringkan Zahra dan menyelimuti tubuh Zahra sehingga paras dada.

Asalnya jari itu mahu menyelak rambut Zahra, namun dia terasa bahang pada wajah Zahra. Tangannya melekap didahi Zahra.

" Panas. Kau demam ni Zahra. " Azka mengambil Iphone lalu menghubungi seseorang.

****

" Dia okay je..tak ada apa yang serius. Muka dia lebam sebab apa Tengku? " Dr.Thanes menyimpan segala peralatannya didalam beg kerjanya.

" Mission. " Jawab Azka pendek.

Dr. Thanes terkejut. Di Maldives, Dr. Thanes adalah doktor peribadi Mation. Dia acap kali merawat keluarga ini. Malahan lebih dari demam biasa dia merawat.

" She's look kind Tengku. How you can think she can handle your mission? Dangerous for her. " Dr. Thanes menggelengkan kepala.

Azka terdiam. Memang dia rasa bersalah sebab biarkan Zahra join misi mereka. Dia tak sepatutnya biarkan Zahra jadi mata-mata.

" Tak apalah Tengku. Lepas ni pastikan dia tak ada dalam situasi seperti hari itu. Dia demam maybe sebab terkejut. Jadi ni ubat dia. Makan selepas makan. Pastikan perut dia terisi sebelum telan ubat. " Terang Dr. Thanes.

" Thanks Thanes."

" No problem. Bila Tengku akan kahwin dengan dia? I sanggup turun Malaysia tau kalau Tengku kahwin. " Dr. Thanes tersenyum lebar.

" Nanti sampailah invitation card. By the way, she is my maid. "

" Ha? Maid you? Seriously? Cantik macam tu you letak dia as a maid? Buta ke Tengku? "

Azka menjulingkan mata keatas.

" Sayang juga dekat maid you eh! Sanggup suruh I datang check dia. " 

Dr. Thanes tergelak melihat wajah cemburut Azka. Dia hanya bergurau sahaja dengan Azka.

Cuma dia terkejut dengan Azka. Azka bukan sejenis lelaki yang bawa perempuan ke hulu ke hilir. Tapi bila dia berjumpa dengan Zahra, jelas kerutan risau diwajah Azka.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now