BAB 38

7.3K 496 70
                                    

Diruangan komputer dihadapan Zahra tertera wajah Luna, Kitten, Mimo, Nuna, Leo dan tidak ketinggalan Hayders sama sibuk nak berskype.

" Zahra, mulut dah lega ke? " Zahra menyeringai apabila Luna menanyakan tentang keadaan dirinya.

" Lega sikit dah..Tuan suruh Zahra makan 10 mangkuk aiskrim vanilla. " Ujar Zahra dan mereka semua ternganga mendengar cerita dari Zahra.

" Biar betul?! 10 mangkuk aiskrim?! " Celah Mimo.

Azka yang baru sahaja keluar dari toilet melangkah berdiri dibelakang Zahra.

" Zahra..Kitten nak minta maaf dengan Zahra, sebab ajak Zahra join misi kami. " Ujar Kitten sedih.

" Eh! Tak apalah..memang Zahra nak tolong pun. "

" Zahra! Zahra! I love you! " Ujar Ayyan dengan ketawanya.

" Menggatal pulak dia ni! " Tambah Leo.

" Zahra? Bila nak balik Malaysia? Aku nak belanja kau makan rojak ni. Ada kedai baru bukak depan padang yang selalu kita lepak tu. "

Mata Zahra bersinar. Dia dan Leo selalu makan makanan digerai-gerai kecil berhampiran kawasan pejabat Bryans.

" Nak! Esok Zahra ajak Tuan balik. " Sahut Zahra.

" Weh! Apa ni ajak Zahra sorang je? Kau jual minyak tak apa pulak..aku nak jual badan kau marah. Huh! Sialan! " Bidas Ayyan.

" Weh! Jangan sesiapa kacau Zahra! Dia milik aku! " Sampuk Danish. Azka dibelakang Zahra menikam skrin komputer. Kalau dekat dah lama dia tembak kepala sorang-sorang.

" Mana boleh! Zahra aku punya! " Riuh suasana diskrin komputer.

" Weh! Korang ingat Zahra pandang korang ke? Dia ada boyfriend seribu kali hensem dari korang tau! " Nuna pula mencelah.

" Siapa? " Masing-masing serius ingin tahu siapa boyfriend Zahra. Kitten dan Mimo sudah menghamburkan ketawa.

" Siapa lagi kalau bukan Tuan Muda kita!! HAHAHAHA! " Kitten, Mimo dan Nuna menyambut dengan hilaian ketawa.

Azka dibelakang Zahra mendekatkan mukanya kehadapan skrin.

Zahra terkedu apabila badan Azka yang tidak berbaju berlaga-laga dengan belakang dia.

Haruman wangi bau bad boy! Zahra meneguk air liur. Nak ditambahkan lagi kekacakan Azka rambut yang basah terjuntai-juntai menutupi dahinya.

" It's not funny twinnie! " Azka menjeling mereka.

" Piweet! Baru mandi! Buat apa tadi? Senaman batin ke?! " Usik Danish.

Semua menyambut dengan ketawa. Zahra terpinga-pinga. Senaman batin?

" Zahra..masuk jelah meminang si strok ni. Bila korang kahwin confirm muka Azka tak strok! " Tambah Ayyan lagi.

" Zahra perempuanlah..mana boleh masuk meminang. Yang kena masuk meminang Tuanlah.." Kata Zahra dengan nada bergurau.

" Hah! Dengar tu Tuan Muda..awak dah boleh masuk meminang Zahra. Dia dah bagi green light weh! " Luna pula menyampuk.

Semua seronok! Ayyan dan Danish menyanyi lagi Pengantin Baru. Kitten, Mimo dan Leo menepuk-nepuk tangan acah main kompang.

Luna dan Nuna kepak kepak kebung kebung. Meriah!

Zahra ketawa geli hati melihat gelagat mereka. Merah padan muka Azka apabila mereka mengusiknya.

" Dah! Aku nak tidur! Leo dengan Kitten esok ambik aku dengan Zahra kat airport!" Laju sahaja jari Azka menutup skype.

Zahra masih lagi tersisa dengan ketawanya. Dia tidak perasan Azka memandangnya tajam.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now