BAB 9

7.4K 542 42
                                    

Tidur Azka terganggu dengan bunyi loceng rumah. Dia menguap beberapa kali. Jam diiphonenya dilihat. Pukul 5.30 pagi! Siapa pula yang kacau waktu dia tidur ini?! Dia membuka lampu bilik dan melangkah turun kebawah.

Dia menekan suis lampu. Dengan sekelip mata sahaja, rumahnya itu terang-benderang. Pintu utama menjadi tujuan kakinya melangkah.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, terpampang wajah Zahra yang tersengih memandangnya.

" Hai Tuan Muda! Selamat pagi!! " Azka terlopong. Zahra yang tersengih memandangnya hanya berdiri tegak menanti tugas untuk dia.

" Kau buat apa kat sini?! " Wajah Azka yang bengis itu dipandang lembut. Rambut yang agak serabai itu sedikit pun tidak mencacatkan wajah Azka. Malahan kekacakkannya lebih jelas. Auwww!!

" Kan semalam Tuan yang suruh saya datang pukul 6 pagi..jadi saya excited, tu saya datang pukul 5.30." Azka berdecit perlahan.

Nampaknya memang benar ini budak lurus bendul! Azka memerhatikan Zahra. Sakit betul mata dia melihat penampilan Zahra.

" Masuklah! " Zahra melangkah masuk. Matanya terpukau melihat dalam rumah itu. Masa awal-awal dia sampai dihadapan pagar rumah itu, tergamam dia melihat 'Tuan Muda Villa.'

Azka tahan dari menguap. Zahra disebelahnya dikerling. Nampak Zahra teruja melihat rumahnya.

" Kau buatlah apa patut..aku nak sambung tidur. Pukul 8 nanti aku nak ada sarapan. Dan baju aku siap digosok. " Kata Azka sambil kakinya melangkah kearah lift.

" Err..Tuan punya bilik baju kat mana? "

" Tingkat 3. " Dan pintu lift pun terkatup. Zahra menggaruk pelipisnya.

Tak sampai lima minit dia didalam rumah ini, Azka sudah menyuruh untuk dia bekerja. Dia boleh melakukan itu semua tapi..dapur pun dia tak tahu.

" Rumah dahlah besar nak mampus! Manalah dapur dia ni? " Zahra hanya melangkah sahaja kemana kakinya bawa.

Saat kakinya melangkah kelorong sebelah kiri, Zahra menekan suis lampu. Dapur yang sebesar ruang tamu itu dipandang tidak berkelip.

Lengkap dengan pelbagai alatan dan perabot canggih. Tema yang dipilih sangat menggambarkan suasana maskulin bagi seseorang lelaki. Terpukau Zahra apabila melihat dapur yang sebesar itu.

Dapur dirumahnya pun biasa-biasa sahaja. Lantaran itu, dia mendekati satu set lengkap perabot pinggan mangkuk. Yang Zahra pelik, kelengkapan pinggan mangkuk itu berada didalam satu almari yang bercermin.

" Macam mana nak ambik pinggan? " Zahra cuba memerhatikan sekeliling dapur, kot-kot ada pinggan mangkuk lain. Yang didalam cermin itu sekadar perhiasan.

Namun, mata Zahra tidak menampakkan sebarang susunan pinggan mangkuk disitu melainkan didalam cermin itu.

" Rumah besar-besar pun pinggan mangkuk yang ni je? " Zahra hanya memandang cermin itu. Ada satu tulisan kecil disebelah kiri yang tertera ' slide ' .

Laju sahaja tangan Zahra mengikut anak panah slide ke kiri. Automatik lampu didalam cermin itu menyala dan cermin itu terbuka sendiri.

" Wooow!! " Gilalah! Canggih gila. Zahra tersengih melihat perabot serta alatan canggih didalam rumah Azka.

" Kalau macam nilah..memang aku kerja jadi bibik pun tak apa. " Dia melangkah kedapur masak.

" Fuyoo!! " Sekali sentuh sahaja, lampu dibahagian atas dapur masak menyala. Zahra mengalihkan pandangan disebelah kanan dapur masak.

Ada satu kayu pintu yang kecil dipandang teruja. Saat berdiri dihadapan pintu tersebut, Zahra ternampak satu tulisan kecil yang tertera ' Touch ' .

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now