BAB 62

7.2K 442 26
                                    

Nuna mengimbangi badannya diatas pokok. Danish disebelahnya sudah menggunakan teropong untuk melihat kumpulan Goshua dibahagian selatan.

Dia memberi isyarat pada Nuna. Nuna mengangguk lalu menurut arahan. Nuna berlari dari dahan ke dahan lain.

Tangkas sahaja kakinya mengimbangi badan diatas dahan.

" Pukul 3,ada sorang yang jaga kat situ. " OYnya sudah bergema dengan suara Danish.

Nuna mengacukan Heckler & Koch MK23 Mod 0. Pistol kesayangannya. Peluru dilepaskan. Tepat mengenai dahi lelaki itu walaupun dari jarak jauh.

" Good baby! Now at 12 o'clock, ada tiga orang lelaki tengah minum air tin. " Nuna mengangguk mengerti dengan isyarat Danish.

Nuna berpindah kedahan sebelah barat. Dari situ dia nampak tiga orang lelaki sedang bergelak ketawa minum air tin.

Nuna menyeluk poket seluarnya. Seketul batu kecil berada digenggamannya. Dia mengeluarkan lastik.

Dia melepaskan batu kecil itu menggunakan lastik. Dengan beberapa saat sahaja batu kecil itu mengeluarkan asap.

Ketiga-tiga lelaki itu sama-sama tumbang. Telentang memandang langit. Dengan sekelip mata sahaja, Danish sudah muncul disisi Nuna.

" Good job baby! " Danish menghadiahkan flying kiss pada Nuna.

Nuna menjulingkan mata keatas. Tapi dihujung bibir Nuna tergaris nipis. Elelelelele!

Mereka berdua bergerak masuk kedalam markas Goshua diselatan. Beberapa orang yang membantu mereka menyerang hendap sama-sama masuk kedalam markas itu.

Tiada satu bunyi peluru pun yang kedengaran. Mereka berbanting tulang menjatuhkan kesemua ahli Goshua dibahagian selatan.

****

Nampak jelas diskrin laptop memaparkan Nuna dan Danish berlawan dengan tangkas ahli-ahli Goshua.

Ayyan dan Leo sudah lengkap dengan suit hitam dan vest. Pistol kesayangan Ayyan diambil lalu dicium lembut.

" Baby girl! Doakan papa dengan pistol  papa malam ni beraksi dengan hebat! " Ayyan mengomel perlahan.

Rindu pula pada baby girlnya dirumah.

" Bebel apa kau? Dengan pistol pun boleh bercakap? Gila sendu hidup kau. " Kutuk Leo sambil membetulkan rambut.

" Baik sikit Leo! Sekurang-kurang akulah kan..aku ada baby girl. Kau? Ada tak? Kau lagi sendu! " bidas Ayyan dengan ketawa halus.

" Hmm, korang semua ada pasangan. Aku sorang je tak ada pasangan. "

" Tak payah sedih sangatlah! Mimo ada! Ngoratlah dia. " Ayyan menghamburkan ketawa.

" Apa seru-seru nama aku? " Mimo muncul dibelakang mereka.

Leo dan Ayyan mengalihkan pandangan pada Mimo.

" Ni, Leo suka kau! " Selamba sahaja mulut Ayyan berkata.

" Otak kau! " Laju sahaja tangan Leo menyekih kepala Ayyan.

" Hah?! Suka aku?! "

" Weh! Kau dengarlah cakap si tak betul ni. Aku mengadu sebab semua orang ada pasangan, aku sorang je tak ada. " adu Leo.

" Lah! Sendu gila hidup kau?! Kesian..by the way Leo, sorry.. Aku tak mampu nak tolong. Sebab aku pun dah berpunya! HAHAHA! " Mimo menghamburkan ketawa.

Ayyan menggelengkan kepala melihat ketawa jahat Leo.

" Tak apalah Leo. Kau tak ada pasangan, sama macam aku. "

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now