BAB 81

8.6K 527 72
                                    

Azka dan Zahra sama-sama merenung antara satu sama lain. Aik! Lain macam.

" Esok balik Malaysia, kita kahwin. " Ujar Azka tanpa bermadah.

" Bapak arr! Cepatnya! "

" Cepat? Aku tunggu kau dah setahun lebih. Kau dah capai impian kau, so..kahwinlah. " Zahra mencebik. Eleh! Masa purpose tadi bukan main I love you semua! Cis!

" Saya tak prepare apa lagi tau! Tuan ni, ingat kahwin ni boleh kahwin macam tu je ke? Saya ni ada omak. Tahu omak tu apo? "

" Omak, omak! Aku omak kepala kau kang! Sekarang ni dihujung jari! Petik je..dengan sekali nafas je, siaplah semua tu. " Angkuh ini budak.

" Hamboi! Hamboi! Berlagak. Sekali petik je.. " Zahra meniru mimik mulut Azka. Azka mengecilkan matanya.

" Lagi sekali kau tiru cakap aku cakap, aku cium kau betul-betul! " Zahra menutup mulutnya.

Azka tersenyum.

" Good pretty baby! "

" So, Zahra Radhia. Aku nak bawa kau jalan-jalan kat London. Kau nak ikut tak? " Azka mula berdiri sambil itu tangannya dimasukkan kedalam poket.

" Eh! Mestilah nak. " Zahra melompat berdiri disebelah Azka sambil menyengih.

Azka mencapai tangan Zahra tapi mata itu langsung tak menatap muka Zahra.

" Let's go baby.. "

****
Tersembur air Puan Has selepas membaca email dari Zahra.

Mak, balik ni Zahra nak kahwin. Lusa Zahra bawa balik bakal menantu mak yang kacak lagikan bergaya. - Zahra

" Apasal semacam je email anak aku ni? " Puan Has mencapai telefonnya. Nombor Zahra didail.

" Hello Zahra! "

" Ye? " Puan Has terkejut dengar suara lelaki yang menyambut panggilannya.

" Err..ni siapa? Mana Zahra? " Puan Has sudah mula rasa tidak sedap hati.

" Oh, saya Azka auntie. " Melebar senyum Puan Has apabila mendengar nama itu.

" Azka..baguslah kamu kat sana. Nanti cakap kat Zahra, betul ke dia nak kahwin. Terkejut auntie baca email dia. "

Puan Has dengar suara dihujung sana sedang ketawa.

" Betullah tu auntie. Balik ni kami nak kahwin. " Sambung Azka dengan sisa tawanya lagi.

" Ha?! Kamu berdua?! " Puan Has terduduk. Tak sangka! Zahra dan Azka dalam diam-diam.

****
Azka mematikan telefon dan memandang kearah Zahra yang mula mendekati dengan tersengih.

" Sorry Tuan, lambat sikit..saya ter yak yak." Zahra mengambil iphonenya.

Azka masih tidak melepaskan pandang pada wajah Zahra yang manis bertudung. Ditemani dengan limpahan cahaya lampu dari jalan, cuaca yang sejuk membuatkan malam mereka sangat indah.

" Cantik kau pakai tudung. " Zahra tersipu malu.

" Ceh! Pantang puji, gedik terus! " Azka menjulingkan mata keatas.

" Mestilah! Tuan tu susah nak puji saya, sekali Tuan puji..rasa terharu dia sampai ke langit tau! " Zahra melekapkan tangannya ke muka sendiri.

" Aku suka kau tutup rambut kau. " Jujur Azka tanpa berdalih.

" Hehehehe, dulu saya jahil. " Zahra tersengih.

" Zahra.. " Seru Azka.

Dia menarik tangan Zahra supaya lebih dekat dengan dia. Mereka kini berdiri betul-betul berhadapan dengan Tower Bridge.

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now