BAB 80

9.2K 539 160
                                    

Zahra menekup mulut apabila tangan Radi menguak rambut kebelakang. Hoodie yang menutup kepalanya dibuka. Terserlah rambut coklat yang beralun lembut.

" Puas? " Radi menjulingkan mata keatas.

" Tu..Tuan?! " Zahra membelek Azka dari atas sampai bawah.

" Apahal? " Azka berdengus kecil.

" Ke...kenapa Tuan buruk sangat? Asal simpan hutan kat mulut? Mana pergi Tuan saya yang sentiasa kacak tu?! Apa dah jadi dengan Tuan?! "

Azka tersenyum nipis. Suka dia dengar ayat Tuan saya.

" Aku malas nak uruskan diri sendiri. " Selamba sahaja mulut itu menjawab.

" Tu..tuan... " Zahra semacam tak percaya apa yang berdiri tegak dihadapannya.

" Hmm.."

Setitik demi setitik airmata Zahra jatuh. Azka dihadapannya merenung lembut pada wajah yang manis bertudung dihadapannya.

" Ke..kenapa Tuan tak cakap yang Tuan sebenarnya Tuan saya? Kenapa Tuan tipu cakap Tuan tu Radi? " Zahra menggosok matanya.

" Sebab aku tak nak spoilkan mood vacation kau." Azka menepuk-nepuk kepala Zahra perlahan.

" Jadi, dah lama lah Tuan perhatikan saya? "

" Haah. " Jawab Azka dengan lagak dinginnya.

" Kenapa tak tegur saya selama setahun lebih?! Patutlah saya rasa macam ada orang follow saya dari belakanglah! Dapat flower lah apalah, rupanya tu dari Tuan! "

" Aku tak tegur kau sebab aku tak kuasa nak dengar kau membebel. Dan for your information, follow dari belakang tu akulah, but I'm not a flower man!  Tak kuasalah aku nak beli bunga bagi kat kau. "

" Seriuslah Tuan?! " Zahra terkejut. Siapa bagi dia bunga?

" Maybe putera Fahim kau. "

" Maybe.. "

Azka memandang Zahra tajam.

" Apa? " Zahra menjongketkan kening.

" Kau sukakan dia bagi bunga kat kau? "

" Eiii! Pleaselah! Saya tak suka bunga. Saya suka coklat! "

Azka menjeling tajam. Walaupun sudah kantoi penyamarannya tapi mereka seperti biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

" So, plan Tuan ke yang kita sampai sini? "

" Bagai pucuk dicipta ulam mendatang. Bukan salah aku pun, ikutkan hati aku nak culik kau, tapi kau yang lambat sangat keluar toilet dan yeah! Planning aku menjadi. "

" Ish Tuan ni, saya nak ke Amsterdamlah. Bukan London. " Zahra menjuihkan bibir.

" Kau ingat tak last conversation kita? " Kening itu terjongket sebelah.

" Hmmm..yang takziah tu ke? "

" Aku akan cakap Takziah bila kau dah mati je.." Zahra blur.

" Fuih..kan aku janji nak bawa kau bercuti tapi tak kesampaian. So, inilah tempat yang aku nak bawa kau. "

" Hah?! London? "

" Yelah.. " Jawab Azka dengan mendatar.

Zahra bertambah terharu. Baru sahaja dia ingin buka mulut, Azka terlebih dahulu memotong kata.

" Aku nak tidur, aku naik dulu. " Azka meninggalkan Zahra dibelakang sedangkan diri dia sudah pun kehadapan.

Zahra tergamam. Dia tinggalkan aku macam tu je? Ceh! Tak ada perasaan langsung!

CIK DUNGU DAN TUAN MUDA [C]Where stories live. Discover now